Archive for: April 2014

Encik Mazlan Rasmi SEM 2014

Slide32 SMIYT KTRG SBT , 24 April : Pameran Schoolwide Enrichment Model ( SEM ) bagi tahun 2014 peringkat Sekolah telah dirasmikan oleh Encik Mazlan bin Che Wil , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perjawatan Yayasan Terengganu merangkap Pengerusi SEM Negeri.

Matlamat SEM yang diadakan ini agar dapat membantu pelajar berfikiran secara kritis dan kreatif. Ianya juga dapat mengaplikasikan maklumat & pengetahuan bagi menyelesaikan masalah dan menghasilkan inovasi disamping memperkembangkan minat dan bakat untuk merekacipta dan sekaligus dapat menyumbangkan kepada masyarakat

Slide103Slide10Slide1Slide21Slide16Slide84

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Kunjungan Dari SMAP kajang , Selangor

Slide7SMIYT KTRG SBT , 24 April : Pada Ahad lepas pihak pengurusan sekolah telah menerima kunjungan dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang , Selangor dalam ;awatan bagi melihat proses pengajaran dan pembelajaran di sini.

Mereka disambut oleh Puan Pengetua dan semua pengurusan sekolah. Mereka kemudian telah di bawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar maklumat mengenai sekolah.

Slide14

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Kunjungan Dari SM Sains Sembrong , Kluang Johor

Slide5SMIYT KTRG SBT , 24 : Pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada SM Sains Sembrong , Kluang Johor pada ahad yang lalu dalam lawatan bagi melihat sistem pembelajaran di sekolah ini.

Mereka telah dibawa melihat sendiri pelajar sekolah inimenghafaz al quran dan tasmi bersama guru di dewan dan juga di surau.

Slide6

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

KRS & Kadet Polis Johan Kawad Kaki

Slide43SMIYT KTRG SBT ,24 April : Kadet Remaja Sekolah ( kategori perempuan ) dan Kadet Polis ( kategori lelaki ) masing-masing dinobatkan johan dalam pertandingan Kawad Kaki peringkat sekolah yang telah diadakan pada sabtu baru-baru ini.

Manakala Ketua platun terbaik lelaki dimenangi oleh Che Mohd Afif Aiman bin Che Azih dari Kadet Bomba manakala Siti Maisraha binti Azmi dari Kadet Remaja Sekolah menerima anugerah ketua platun perempuan.

Semua hadiah disampaikan oleh wakil dari Yayasan Terengganu

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan Kawad Kaki 2014

Kategori perempuan

Johan : Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) – 1234 markah

Naib Johan : Pengakap – 1222 marakah

Ketiga : Puteri Islam – 1210 markah

 

Kategori Lelaki

Johan : Kadet Polis – 1200 markah

Naib Johan : Pengakap – 1186 marakah

Ketiga : Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) – 1123 markah

Slide96Slide73Slide100

Tahniah dan syabas

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI