Archive for: September 2013

Pertandingan Sempena Hari Kemerdekaan Kali Ke 56

Slide33SMIYT KTRG SBT , 14 September : Sempena menyambut bulan Kemerdekaan Kali Ke 56, satu pertandingan peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Asyatibi khamis baru-baru ini.

Ianya disertai oleh pelajar sekolah ini yang melibatkan pelbagai acara yang dipertandingkan. Semoga semangat cintakan Negara terus berkobar-kobar di dalam setiap peribadi pelajar.

Slide3Slide24Slide56Slide47Slide14Slide33

Gambar selanjutnya sila kilik DI SINI

Program Inovasi Bagi Rancangan “i-Teen” Untuk Saluran RTM di TVi

Slide4SMIYT KTRG SBT , 12 Sept : Imtiaz K.Trg hari ini amat bertuah kerana diberi peluang oleh pihak Omira Holdings Sdn Bhd sebuah syarikat yang aktif membekalkan program-program TV di RTM.

Segmen program “i-Teen” ini dinamakan sebagai program TeenTechTeen di mana akan memperkatakan tentang produk / rekacipta atau inovasi yang dihasilkan di kalangan pelajar. Mereka juga akan berkongsi tentang rekaan mereka disamping bercakap juga tentang diri mereka, harapan dan juga impian.

Slide1Slide2Slide3

Tahniah !! KuizPetronas “Streetsmart – Lesson For Life” 2013 – Imtiaz K.Trg Tempat Ketiga

Slide5Kuala Terengganu , 11 September : Pihak pengurusan sekolah dan seluruh warganya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada team Kuiz kerana telah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan Kuiz Petronas “Steetsmart” – Lesson For Life” 2013 peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan pada 4 September yang lalu yang membawa pulang wang tunai RM500.00, sijil penyertaan dan pencapaian , barangan petrosains dan tiket masuk percuma ke Petrosains.

Ianya telah diadakan di Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Sebanyak 40 buah sekolah seluruh Negeri Terengganu Terengganu menyertai pertandingan ini. Peserta dari sekolah ini yang terlibat ialah terdiri daripada pelajar tingkatan 4.

  1. Muhammad Hazwan Bin Nor Azmi
  2. Abdul Hakim Bin Talib
  3. Muhammad Ikhlas Mohd Kamal

Manakala guru yang mengiringi peserta ialah Cikgu Marhaini binti Sulaiman dan Cikgu Mawati binti Selawi.

Slide1Slide3Slide2Slide4Slide6

Tahniah dan syabas kepada guru dan peserta  yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat Negeri.

Guru dan Pelajar Nikmati ‘ Raja Buah ‘

Slide2SMIYT KTRG SBT , 8 September : Sebagaimana tahun yang sudah , Jamuan raja Buah ( Durian ) terus diadakan. Semua guru dan pelajar menikmati raja buah ini yang amat digemari.

Kelihatan pelajar begitu gembira menikmati “raja buah ” ini. Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah yang menyediakan jamuan ini untuk semua guru dan pelajar.

Slide43Slide53Slide64Slide40Slide58

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI