Archive for: July 2013

Motivasi Ingat Sebelum Kena

Slide9SMIYT KTRG SBT , 24 Julai : Satu program motivasi telah diadakan pagi ini yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1

Ianaya diadakan di bilik kuliah di bawah program kaunseling. Pihak sekolah telah mengundang Puan Nurlina binti Isa seorang kaunselor dari Sekoleh Menengah Sains Kuala Terengganu ( SESTER ) bagi mengendalikan program ini. Antara pengisian motivasi tersebut ialah membincangkan tentang masalah sosial masa kini supaya pelajar tidak mudah terjebak dengan gejala yang negatif ini.

Slide3Slide4Slide5

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Majlid Tadarrus Al Quran & Ihftor Bersama Sultan Terengganu

Slide4 Seramai 30 pelajar sekolah ini telah diberikan penghormatan untuk bertadarrus bersama masyarakat  kampung di Masjid Al Ikhlas , Banggol Tuan Muda , Manir Kuala Terengganu petang semalam.

Dalam majlis tersbut juga , sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu mencemar duli untuk sama-sama berbuka puasa dengan masyarakat kampung di sekitar Masjid.

Pelajar sekolah ini juga tidak melepaskan peluang bersama-sama berbuka puasa bersama Sultan Mizan. Bertuah sungguh anak-anak  pelajar Imtiaz K.Trg.

Slide7Slide27Slide31

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

BADAR Agih Bubur Lambuk

Slide10SMIYT KTRG SBT , 24 : Badan Dakwah dan Kerohanian ( BADAR ) petang semalam telah mengagihkan bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa kepada semua guru, kakitangan serta pelajar.

Program ini merupakan salah satu daripada aktiviti BADAR dalam bulan puasa ini dan diharapkan menjadikan acara tahunan untuk masa akan datang.

Ramai guru dan kakitangan ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada BADAR yang sedia memberi sumbangan dan diharapkan usaha yang murni ini berterusan di masa akan datang.

Slide17Slide7Slide11

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Sheikh Al Hafiz Dari Palestin Beri Tazkirah Pelajar Imtiaz K.Trg

Slide14SMIYT KTRG SBT , 23 Julai : Pelajar sekolah ini pada hari ini sungguh bertuah kerana dapat bertemu muka dengan Imam dari Negara Palestin dalam kunjungan ke Negara Malaysia.

Sheikh Al Hafiz sudi memberikan tazkirah selepas solat zohor mengenai keadaan hidup di Palestin ketika ini dan kedudukan masjidil Aqsa yang terkini.

Bacaan Doa oleh Sheikh Al Hafiz – Sungguh merdu suaranya

Slide23Slide9Slide26

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI