Archive for: August 2012

Kontinjen SMIYT Kuala Terengganu Segak Bergaya

KUALA TERENGGANU , 31 Ogos : Upacara perbarisan sempena Hari Bulan Kemerdekaan kali ke-55 berjalan dengan lancar apabila semua kontinjen dari pelbagai peringkat samada sekolah, Jabatan kerajaan dan badan berkanun serta swasta mengambil bahagian dalam program gilang gemilang ini.

Ianya telah diadakan bermula di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan berakhir di Pantai Batu Buruk.

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YAB. Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Walaupun tidak mendapat kedudukan terbaik setelah keputusan diumumkan namun pujian harus diberi kepada kontinjen SMIYT Kuala Terengganu yang telah menunjukkan semangat yang tinggi dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

Pujian juga harus berikan kepada semua jawatankuasa di peringkat sekolah yang begitu cakna dan sentiasa berada bersama pelajar semasa sesi latihan.

Keputusan bagi kategori sekolah bukan badan beruniform

JOHAN : SMA KHARIAH KUALA TERENGGANU

NAIB JOHAN : SMA SULTAN ZAINAL ABIDIN LADANG, KUALA TERENGGANU

KETIGA : SMK MANIR KUALA TERENGGANU

Tahniah dan syabas

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

 

Pemantauan Pengetua

KUALA TERENGGANU , 30 Ogos : Seramai 4 orang pegawai telah datang ke SM Imtiaz Kuuala Terengganu petang tadi bagi menilai pengetua untuk gred DG54.

Mereka terdiri daripada Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Haji Mohd Yasin bin Salleh, Ketua Sektor Pendidikan islam, Haji Wan said, Pegawai Pendidikan daerah Dungun serta Ustaz Nasir dari Sektor Pendidikan Islam.

Semua penolong kanan serta Ketua Jabatan dan juga Penyelia Asrama turut hadir.

Latihan Perbarisan Hari Kemerdekaan 2012

KUALA TERENGGANU , 29 Ogos : Latihan ini telah diadakan di dataran SMIYT Kuala Terengganu yang bermula 5.15 petang setiap hari.

Ianya merupakan persediaan bagi menghadapi perbarisan 31 Ogos ini sempena Hari Kemerdekaan yang akan diadakan bermula di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan akan berkahir di Pantai Batu Buruk.

Kursus Tajwid Siri 4

KUALA TERENGGANU , 29 Ogos : Kursus tajwid guru dan kakitangan ini  merupakan lanjutan daripada kursus tajwid Siri 3 yang lalu.

Ianya telah diadakan di bilik kuliah bermula 2.30 petang tadi dan berakhir 4.30 petang. Pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah dari Institut Quran Terengganu ( IQT ) iaitu Ustaz Mohd Hafas bin Haji Ali yang merupakan seorang pensyarah di IQT.