Archive for: July 2012

Program Tadarus Al Quran Anjuran YPK Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU , 26 Jul : Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Tadarus Keluarga yang bermula pada 5 Ramadhan dan berakhir 25 Ramadhan.

Menurut Ketua Jabatan Al Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz, seramai 30 orang pelajar Hafiz dari SMIYT Kuala Terengganu telah dipilih untuk mengikuti program ini sepanjang bulan Ramadhan.

Menurutnya lagi, program yang dianjurkan oleh YPK ini diadakan di 23 buah masjid yang terpilih di Daerah Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

Gambar suasana Tadarus SILA KLIK DI SINI

Program Kolaboratif Antara SESMA Dengan SMIYT K.Terengganu

GONG BADAK , 23 Jul : Program ini yang melibatkan 40 orang pelajar telah berada di Sekolah Sultan Mahmud ( SESMA ) pagi tadi dengan diiringi 3 guru pengiring yang terdiri dari Pengarah Projek SPM 2012 Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar, Ustazah Rosni binti Jaafar dan Cikgu Herdawati binti Muda.

Menurut Cikgu Herdawati, program ini bertujuan untuk melihat suasana pengajaran dan pembelajaran terutama kelas Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan. Pelajar juga boleh berkongsi tentang rahsia kecemerlangan sekolah tersebut yang telah mengungguli tangga pertama SPM 2011

Tambah beliau lagi, Sekolah akan menjalinkan lagi program seumpama ini pada siri ke 2 nanti.

Gambar selanjuntnya SILA KLIK DI SINI

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 tahun 2013

Borang permohonan kemasukan tingkatan 1 Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu secara online akan dikeluarkan sebaik sahaja keputusan UPSR 2012 diumumkan.

Harap bersabar!!!

Lawatan Dari Pengetua-Pengetua Sekolah Berprestasi Tinggi

KUALA TERENGGANU , 18 Jul : Pihak Pengurusan Sekolah petang tadi telah menerima kunjungan dari pegawai Institut Aminudin Baki, Encik Kumar  dan Pengetua-Pengetua Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ).

Kunjungan seramai 27 pengetua termasuk pegawai dari IAB itu telah diberi taklimat khas oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah mengenai Profil Sekolah.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI