Archive for: January 2012

Majlis Penutup Minggu Silaturrahim Pelajar Tingkatan 1

KUALA TERENGGANU, 12 Jan : Setelah seminggu pelajar tingkatan 1 mendaftarkan diri untuk pengajian baru di Sekolah ini, maka pada hari ini telahpun berakhir minggu Silaturrahim yang telah bermula pada 8 Januari yang lalu. Hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik, Ustazah Faidahnam binti Busu serta guru.

Majlis yang bermula jam 11.30 pagi telah di adakan di Dewan Assyatibi dimulai dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi Majlis dan seterusnya bacaan Al Quran oleh Muhammad Hasif bin Kamal. Kemudian disusuli oleh wakil pelajar tingkatan 1 iaitu Muhammad Imtiyas. Dalam ucapannya, beliau begitu terharu dengan sikap ramah mesra oleh pelajar senior yang sentiasa memberi semangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Disamping itu juga beliau yang mewakili semua pelajar tingkatan 1 berjanji akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM nanti serta dapat khatam Al-Quran 30 juzuk.

Ucapan Seterusnya oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Muhammad haikal bin Yusof disusuli oleh ucapan penutupan Minggu Silaturrahim oleh Cik Fatimah binti Sidik, Penolong Pegawai Pengurusan Akademik, Bahagian Pengurusan Imtiaz.

Muhammad Hasif Pernah Mewakili Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 11 Jan : Seorang pelajar tingkatan 1 telah memperdengarkan bacaan Al-Quran malam tadi di Dewan Assyatibi sempena malam terakhir minggu suai kenal. Beliau telah berjaya memukau pelajar lain dengan bacaan bertarannum.

Beliau ialah Muhammad Hasif bin Kamal. Dilahirkan di Terengganu. Bapanya ialah seorang guru yang mengajar di SK Padang Kemunting dalam matepalajaran Matematik dan PJK.

Semasa darjah satu lagi beliau telah memasuki kelas tarannum. Setahun selepas itu, beliau telah mendapat tempat pertama dalam Ihtifal J-Qaf Peringkat Negeri. Di Darjah 4 pula, beliau telah melayakkan diri ke MTQ Negeri Terengganu dan mendapat saguhati.

Bakat beliau begitu terserlah apabila beliau telah memwakili Negeri Terengganu dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah Rendah sebanyak 2 kali berturut-turut iaitu ketika berada di darjah 5 dan 6 yang di adakan di SMKA Al-Irsyad, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kini beliau terpilih untuk meneruskan pengajian di SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Semoga beliau terus maju dalam bidang tarannum pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas

Mesyuarat Kelab dan Persatuan Tahun 2012

KUALA TERENGGANU, 10 Jan : Mersyuarat tersebut telah diadakan hari ini dibeberapa lokasi yang telah ditetapkan. Mesyuarat ini telah di hadiri oleh semua tingkatan 1 hingga 5 serta guru masing-masing.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya, di antara lokasi mesyuarat ialah di Anjung Kasih, Dewan Assyatibi, Perpustakaan, Kantin serta bilik Kuliah. Sebanyak 4 nama persatuan dan 17 nama kelab yang bermesyuarat hari ini.

Setiap pelajar telah diberikan setiap orang 1 persatuan dan kelab. Berikut adalah nama-nama persatuan dan kelab.

Sila klik DI SINI 

 

Taklimat Asrama

KUALA TERENGGANU, 10 Jan : Satu taklimat asrama telah diadakan malam tadi bertempat Dewan Assyatibi.

Taklimat ini dihadiri semua pelajar tingkatan 1 yang baru mendaftar pada 8 januari lalu. Semua Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Pengawas Asrama telah hadir sama. Di antara penceramah malam itu ialah Penolong Kanan HEM selaku Ketua Warden, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abdul Ghani dan Penyelia Asrama selaku Warden, Encik Hanafi bin Mamat.

 

 

 

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya

Jadual Minggu Suaikenal pelajar tingkatan 1