Slide3PAHANG : Pihak sekolah amat berbangga dengan kejayaan pelajar sekolah ini yang berjaya mendapat pingat gangsa dalam pertandingan Mahrajan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Sekolah Sukan Malaysia, Pahang bermula 30 Mei – 2 Jun yang melibatkan semua Negeri.

Mohd Riezman Hafiz bin Radzuan pelajar tingkatan 4 yang begitu sinonim dengan Mahrajan ini telah mewakili Negeri Terengganu bersama peserta dari sekolah lain. Beliau mengharumkan nama Negeri Terengganu amnya dan sekolah khasnya apabila pasukan lelajki berpasukan telah menggondol pingat gangsa.

Pingat Emas – Negeri Kedah

Pingat Perak – Negeri Selangor

Pingat Gangsa – Negeri Terengganu

Slide2Slide4Slide1

 

Tahniah dan Syabas.