18b97093-b76a-402d-a4e5-08571c42a34dKUALA TERENGGANU 19 Mei : Guru Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu, Hajah Saripah binti Embong diumumkan sebagai salah seorang daripada empat penerima Anugerah Ikon Guru 2017 dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Johor di sini pada 16 Mei.

Anugerah itu disampaikan oleh YB Dato’P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan Timbalan Menteri Pendidikan 1, KPM

Kemenangan itu membolehkan Saripah menerima hadiah wang tunai RM 2000.00, sebuah plak dan sijil

Saripah merupakan seorang penyelidik dan guru pembimbing pasukan reka cipta sekolah dan telah mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pertandingan termasuk di peringkat dunia antaranya di Korea (2014 & 2016), Vietnam 2014, Taiwan 2015, di Thailand & Romania pada tahun 2016.

Tahniah dan syabas !!!!

b35439fb-158d-470c-9dac-5e2868fcdbcb77f5f50e-ad2a-44a6-abab-758f158e523061d9f439-bd64-4510-ac9b-f5466f67bdf66b174f2b-e4ac-46df-81f8-c7c12c4545b7

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI