Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada MUHAMMAD KHIDIR BIN ABDULLAH@TUMPANG & FAIZ HAFIZI BIN ABDUL HADDIS atas pencapaian cemerlang 12A+ SPM 2025! Kejayaan ini merupakan hasil dedikasi, tekad dan usaha gigih kalian. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan serta menjadi inspirasi kepada pelajar lain. Terus melangkah ke hadapan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM 2025 yang mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan. Buat anak-anak pelajar yang tidak mendapat keputusan seperti diharapkan, jangan berputus asa. Masih banyak ruang dan peluang untuk berjaya. Sekalung penghargaan dan terima kasih juga buat semua pihak termasuk para guru, ibu bapa dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada kejayaan anak-anak ini.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Ucapan TAHNIAH kepada semua calon SPM 2025 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang telah menamatkan dengan jayanya kertas SPM pada hari ini 23 Disember 2025. Semua calon mengambil peluang untuk melakukan sujud syukur di dewan keramat Dewan AsSyatibi sebelum melangkah keluar dari dewan peperiksaan.
Perjalanan belum berhenti, ambil lah seberapa banyak pengalaman sebelum melangkah ke alam IPT atau kerjaya akan datang.
Video selanjutnya boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
“Ya Allah,Kurniakan keberkatan dan kefahaman yang mendalam terhadap ilmu yang mereka pelajari. Berikan kebijaksanaan untuk menjawab setiap soalan dengan tepat serta kecekapan untuk menyelesaikan peperiksaan dalam waktu yang ditetapkan.” اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
“Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya”. (Hadis Riwayat Ibnu Hibban) آمِيّنْ آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
𝗕𝗶𝘁𝘁𝗮𝘂𝗳𝗶𝗾 𝘄𝗮𝗻𝗻𝗮𝗷𝗮𝗵!
Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan kepada para pelajar yang sedang menduduki Peperiksaan SPM pada tahun ini.