Lawatan Eksplorasi Inovasi Digital dan Robotik ke Galaxy International Sdn. Bhd

Pada 26 -28 September 2024, Unit SEM dan Inovasi Sekolah di bawah UNIT ULUL ALBAB telah mengadakan satu Program Lawatan Eksplorasi Inovasi Digital dan Robotik ke Galaxy International Sdn. Bhd. kerjasama dengan Pusat Islam, Universiti Malaysia Terengganu

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan ialah :-

– bengkel penerangan dan model tentang Robotik

– Edu-Tour ke bahagian teknologi dlm pendidikan ( smart classroom, hybrid classroom, printing dll)

– sesi brainstorm kaedah penambahbaikan produk “Auto Makhraj” bersama Group Chairman daripada Galaxy International Sdn. Bhd iaitu Mr. Tony Tee Boonchai dan Pengarah Pusat Islam UMT, Prof Madya Dr Ruzaidi.

– Lawatan ke Taman Tema i-City – Lawatan ke Kilang dan Muzium Coklat, Beryls

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM KHAS ASASI ULUL ALBAB SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU TAHUN 2024

Pada 25 September 2024 (Rabu) bersamaan dengan 21 Rabiul Awal 1446H bertempat di Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah Kuala Nerus telah berlangsungnya suatu MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM KHAS ASASI ULUL ALBAB SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU TAHUN 2024

Berikut adalah nama-nama pelajar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang mendapat Anugerah semasa program tersebut iaitu :
PERSONALITI

  • Nur Auni Irdina binti Khairuddin 1 Ibnu Kathir
  • Muhammad Iman Al Harith bin Mohd Al Harsi 1 Ibnu Kathir

AKADEMIK

  • Khaalis Mawaddah binti Kamaruddin 1 Abu Amru
  • ⁠Haneef bin Mohd Nor Azman 1 Nafi’

HAFAZAN

  • Aira Nur Maisarah binti Abdullah Fuad 1 Nafi’
  • ⁠Awwal al Fayyadh bin Ahmad Nabil 1 Nafi’

TOKOH ULUL ALBAB

  • Awwal Al Fayyadh bin Ahmad Nabil 1 Nafi’

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

SEM & INNOVATION FESTIVAL (TYPE III) 2024

Pada 22-24 September 2024,telah berlangsungnya SEM & INNOVATION FESTIVAL (TYPE III) 2024 Peringkat sekolah yang melibatkan semua pelajar Tingkatan 1-3. Program ini adalah merupakan acara tahunan sekolah dalam mencungkil bakat para pelajar dan menjana idea yang bernas dalam kalangan pelajar berkaitan dengan inovasi STEM dan Al-Quran

Program ini sebenarnya sangat penting dalam melahirkan generasi Ulul Albab yang benar2 seiring dengan dunia moden serta teknologi yang makin berkembang pesat selaras dengan perkembangan pendidikan digital masa kini.

KLIK DI SINI untuk melihat gambar lain

IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU

Pada 10 dan 11 September yang lalu, seramai 7 orang Anak Soleh Solehah Pintar IKT telah mewakili sekolah dalam IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU bertempat di SMKA SHEIKH ABDUL MALIK dan telah berjaya merangkul kejayaan berikut :

Naib Johan Kalimatus Sobah Menengah Rendah
🥈KHAIRA YAFI BINTI AHMAD FITRI

Ke-4 Mimbar Daie Lelaki
🏅MUHAMMAD SYAMIL BIN ABDUL GHAPA

Ke-4 Mimbar Daie Perempuan
🏅NUR BATRISYIA QAISARA BINTI MOHD ALHADI

Ke-4 Kalimatus Sobah Menengah Atas
🏅HANAN HUMAIRA BINTI ASLI

Ke-4 Kuiz Bahasa Arab
🏅MUHAMMAD KHIDIR BIN ABDULLAH@TUMPANG
🏅FAIZ HAFIZI BIN ABDULHADDIS
🏅AHMAD BUKHARI BIN NOR HISYAMUDDIN

atas sumbangan mewakili Sekolah ke Peringkat Daerah.

🧕🏻🧑🏻‍
Guru Pembimbing:
🔸Ustazah Zuraida binti Yusof
🔸Ustazah Norhayati binti Mustafa
🔸Ustaz Ahmad Khusyairi bin Mohd Suhaimi
🔸Ustazah Nor Hafizah binti Mahamud
🔸Ustazah Norsyahirah binti Aziz
🔸Ustaz Muhammad Saufi bin Zakaria
🔸Ustazah A’isyah binti Che Abd Hamid

Terima kasih diucapkan kepada Pihak Pengurusan IKT, guru-guru, ibu bapa dan anak-anak pelajar atas sumbangan, sokongan dan kerjasama.

WeLoveIKT #IKTNo1 #AlQuranMumtaz

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World