Ahad, 13 Julai 2025: Team Inovasi sekolah telah mendapat penghargaan hari ini di mana mereka telah diberi penghormatan apabila diperkenalkan kepada semua guru dan pelajar atas kejayaan membawa pulang pingat Perak dalam pertandingan Inovasi di Jepun baru-baru ini. Semua penghargaan ini telah disampaikan oleh Tuan Pengetua , Ustaz Md Imran bin Md Nor.
Program “Kem Tahsin Solat” adalah program di bawah kelolaan pihak BADAR dan dibantu oleh fasililator seramai 15 orang daripada Madrasah Seberang Tuan Cik.
Program ini melibatkan semua pelajar Tingkatan Satu. Fokus utama program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk mendedahkan dengan lebih mendalam serta memantapkan lagi cara solat dalam kalangan pelajar tingkatan satu bagi merealisasikan matlamat Imtiaz untuk melahirkan generasi Ulul Albab.
Mendedahkan kaedah ibadat yang sempurna dan mantap dalam kalangan pelajar.
Membentuk sahsiah murid yang unggul melalui pengetahuan solat yang mendalam.
Memberi pendedahan tentang masalah yang sering berlaku dalam kalangan pelajar ketika melakukan solat.
Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan fasilitator
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
JULY 5-7, SATURDAY-SUNDAY BELLESALLE HANEDA AIRPORT GARDEN, TOKYO, JAPAN
Praise be to God, the Lord of the worlds CONGRATULATIONS & WELL DONE to the Intelligent Pious Child/Solehah of ICT: SILVER MEDAL 1. Muhammad Adam Muzaffar bin Mowardi 2. Muhd Wafiq bin Mohd Nazri 3. Nukman bin Mohd Aiman 4. Aisya Qistina daughter of Azwa 5. Nur Qaireen Insyirah daughter of Abdul Hakim
Guiding teachers: 1. Rozila leg Forward 2. Nurul Atirah the daughter of the most. 3. Abdul Rashid bin Al Muzmi
CONGRATULATIONS AND THANK YOU to Principal Sir, ICT Management, teachers, parents and students for the effort, commitment and sacrifices given. Heartfelt appreciation also to all parties involved directly and indirectly for this success with the contribution that was channeled, from agencies, individuals, parents, teachers and iKT citizens.
7 Julai 2025 (Isnin), telah berlangsung dengan jayanya Program Jangkauan Malaysia Techlympics 2025 (Outreach Malaysia Techlympic) anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Yayasan Terengganu dengan kerjasama EZ Cute Robots selaku vendor yang dilantik bagi mengendalikan Malaysia Techlympics 2025.
Outreach Malaysia Techlympics 2025 yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Kuala Terengganu selaku tuan rumah bagi program yang julung kalinya diadakan ini telah disertai seramai 280 orang murid berserta 40 orang guru dari seluruh sekolah menengah Imtiaz Yayasan Terengganu. Antara sesi bengkel yang telah diadakan kepada semua peserta melibatkan kepada elemen pembudayaan STEM seperti Drone, Robotik, Cetakan 3 Dimensi, Kejuruteraan Dunia, Artificial Intelligence (AI) dan Cabaran Kereta Roket. Sesi bengkel ini adalah bertujuan sebagai persiapan bagi menghadapi pertandingan Malaysia Techlympics peringkat Negeri Terengganu yang dijangka diadakan pada bulan Ogos nanti.
Galeri gambar boleh layari laman Facebookrasmi sekolah.
Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganuย Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yangย bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripadaย aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.
Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Datoโ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada Novemberย 1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.ย Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahanย prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.
Penubuhan KOSPINT
Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untukย menjadikan sekolah iniย sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawahย DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin padaย 23 Julai 2000.
Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian
Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blokย bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepakย takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.
Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnyaย iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)ย pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.ย Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.
Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ
Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd.ย
Perkembangan dan Pengiktirafan
Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaituย Allahyarham Datoโย Razali Bin Ismail,ย mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.
×
Visi & Misi
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
VISI
Melahirkan Generasi Ulul Albab
MISI
Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untukย Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)