Borang permohonan kemasukan tingkatan 1 Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu secara online akan dikeluarkan sebaik sahaja keputusan UPSR 2012 diumumkan.
Harap bersabar!!!
Borang permohonan kemasukan tingkatan 1 Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu secara online akan dikeluarkan sebaik sahaja keputusan UPSR 2012 diumumkan.
Harap bersabar!!!
KUALA TERENGGANU , 18 Jul : Pihak Pengurusan Sekolah petang tadi telah menerima kunjungan dari pegawai Institut Aminudin Baki, Encik Kumar dan Pengetua-Pengetua Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ).
Kunjungan seramai 27 pengetua termasuk pegawai dari IAB itu telah diberi taklimat khas oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah mengenai Profil Sekolah.
Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI
KUALA TERENGGANU , 18 Jul : Seramai 10 orang guru dari Madrasah Darus Salam, Tanjung Mas, Naratiwat, Thailnd pagi tadi telah mengunjungi sekolah ini.
Ketibaan mereka disambut oleh pengurusan sekolah.
Tujuan lawatan adalah untuk melihat perkembangan system pendidikan di sekolah ini dan juga meninjau suasana persekitaran.
Gambatr selanjutnya SILA KLIK DI SINI
KUALA TERENGGANU , 18 Jul : Majlis pelancaran 80 Hari Menjelang PMR 2012 , Peer Coaching dan Kelompok samudera telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.
Luminous Pearls merupakan cetusan idea oleh Puan Pengetua sendiri. Beliau ingin melihat kecemerlangan dan kejayaan di kalangan pelajar tingkatan 3 dan tidak mustahil akan mendapat tempat yang terbaik di kalangan sekolah yang lain. Menurutnya lagi, orang yang selalu berangan-angan tidak akan berjaya.
Terdahulu dari itu, Pengarah Projek PMR 2012, Tuan haji Mohd Amin Faisal menyatakan untuk menjadi pelajar yang cemerlang, akhlak amatlah penting sekali dalam kehidupan pelajar dan perlu menghormati guru.
Tambahnya lagi, pelajar juga perlu sentiasa melaksanakan ibadah kepada Allah agar Allah memberikan kekuatan untuk menghadapi peperiksaan nanti.
Gambar selanjutnay SILA KLIK DI SINI
Ya rabbi anta maksudi
Keredaanmu tuntutan kami
Imtiaz KOSPINT kami sayangi
Mendidik kami erti insani
Allah dan rasul dalam ingatan
Quran dan hadis jadi pegangan
Akhlak Al-Quran diterapkan
Ilmu dan budi jadi asuhan
Akademik cemerlang pemimpin terbilang
Menerajui ummah penuh gemilang
Imtiaz KOSPINT kami sanjungi
Namamu tersemat di sanubari
Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
Kg. Banggol Karah, Serada,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, laman sesawang rasmi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dapat menjadi wadah perkongsian maklumat, pencapaian, aktiviti serta perkembangan sekolah kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, alumni dan masyarakat.
Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengunjungi laman sesawang rasmi sekolah ini. Sesungguhnya, dunia pendidikan sentiasa berkembang seiring dengan perubahan zaman dan kemajuan teknologi. Justeru, kita perlu terus bergerak ke hadapan dengan menjadikan teknologi sebagai medium untuk memperkukuh komunikasi, menyebarluaskan maklumat serta membina jaringan yang lebih erat antara sekolah dengan komuniti.
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu sentiasa komited dalam usaha melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak, berketerampilan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan Imtiaz. Kita bukan sahaja ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan hafazan al-Quran, malah membentuk insan yang mempunyai jati diri, kepimpinan, daya fikir yang tinggi serta mampu memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.
Dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini, seluruh warga sekolah perlu bergerak sebagai satu pasukan. Guru sebagai murabbi, ibu bapa sebagai rakan strategik dan para pelajar sebagai pewaris masa hadapan perlu saling melengkapi dalam membina ekosistem pendidikan yang kondusif, positif dan berteraskan nilai-nilai Islam.
Saya yakin dengan semangat kebersamaan, kesungguhan dan komitmen seluruh warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, kita mampu terus mencipta kecemerlangan dan mengangkat nama sekolah di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjadikan sekolah ini sebagai sebuah institusi pendidikan yang bukan sahaja melahirkan huffaz yang menghafaz al-Quran, tetapi juga huffaz yang menghayati, memahami dan menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.
Semoga segala usaha dan ikhtiar kita mendapat keberkatan serta dipermudahkan oleh Allah SWT.
“Melahirkan Generasi Huffaz yang Berilmu, Berakhlak dan Berdaya Saing.”
Sekian, terima kasih kerana melayari laman sesawang kami.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.
Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November 1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.
Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada 23 Julai 2000.
Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.
Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%. Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.
Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd.
Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Allahyarham Dato’ Razali Bin Ismail, mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
Melahirkan Generasi Ulul Albab
Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)
" Soleh Pintar "
imtiaz The Best School In The World
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.
Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.
Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.
Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.
Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.
Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.