Lawatan Penanda Aras dari SMK Agama Yan, Kedah.

Seramai 9 orang pihak pengurusan dari SMK Agama Yan, Kedah telah berkunjung ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu bagi program lawatan penandaarasan dan perkongsian ilmu dengan sekolah ini. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendorong pertukaran pengetahuan, pengalaman dan penambahbaikan secara berterusan bagi menjamin kecemerlangan prestasi sekolah.

Ketibaan rombongan adalah sekitar pukul 9.00 pagi dan program dimulai dengan sesi fotografi di Dataran Ulul Albab. Kemudian pelawat telah dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar ucapan ringkas daripada kedua-dua pihak Pengetua dan seterusnya beberapa program lain seperti tayangan video korporat sekolah, tayangan slaid amalan terbaik sekolah, sesi soal jawab, menandatangani LOU dan penyampaian cenderahati. Secara keseluruhannya, program lawatan ini berakhir sekitar pukul 11.00 pagi.

Diharap lawatan ini mendapat manfaat dan impak positif untuk kedua-dua pihak sekolah bagi merangsang sekolah untuk mencari idea-idea yang lebih baik lagi untuk dilaksanakan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.