
Jawatankuasa Kecemerlangan SPM sekolah akan menganjurkan Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat SPM 2025 pada esok hari kepada pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi
Majlis bertujuan untuk memberi ruang kepada para pelajar memohon keberkatan dan restu daripada para guru dan ibu bapa sebelum menduduki peperiksaan utama.
Selain itu dapat memupuk nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan hubungan akrab antara guru, ibubapa, jurulatih dan atlet murid.
Melalui majlis ini juga dapat mendidik atlet murid supaya bergantung harap kepada Allah SWT melalui amalan solat hajat dan doa.
Majlis sebegini perlu diteruskan lagi pada masa-masa akan datang agar hubungan ibu bapa dan guru dapat melahirkan anak-anak pelajar yang sentiasa bermotivasi dan dapat meningkatkan prestasi dalam bidang akademik.