
Alhamdulillah, Majlis Khatam Hafazan Al-Quran SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah berlangsung pada 12 November 2026 bersamaan 2 Jamadil Akhir 1448H, bertempat di Dewan As-Syatibi, IKT. Majlis yang penuh bermakna ini merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan hafazan Al-Quran hasil daripada usaha, kesungguhan dan istiqamah dalam menuntut serta menghayati kalam Allah SWT. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mencintai, memelihara dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua huffaz yang diraikan. Mudah-mudahan segala usaha dan pengorbanan ini diberkati Allah SWT serta menjadi asbab kejayaan di dunia dan akhirat. بارك الله فيكم.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.