
Projek Kecemerlangan Ting.2, SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu akan menganjurkan Program Motivasi Inspirasi Puncak Prestasi sebagai salah satu usaha memperkukuhkan jati diri, membina motivasi serta menyemarakkan semangat kecemerlangan dalam kalangan pelajar.
Program yang disasarkan kepada semua pelajar Tingkatan 2 ini telah disampaikan oleh Ustaz Najmuddin Ulwan bin Hamdan dengan pengisian yang memberi penekanan terhadap kepentingan ilmu, pembentukan akhlak, disiplin diri serta usaha mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Melalui program ini, para pelajar didorong untuk mengenali potensi diri, membina keyakinan serta menjadikan nilai-nilai Islam sebagai panduan dalam mengejar kecemerlangan akademik dan sahsiah.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha, beriltizam dan mencapai puncak prestasi dalam setiap bidang yang diceburi.