
18-20 Jun 2026
SM Imtiaz YT MarangSetinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan cemerlang yang diterima dalam pelbagai kategori dan pengiktirafan sebagai JUARA KESELURUHAN BANIN Karnival Idul Ilmi 2026/1448H.
Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha yang berterusan, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang tidak pernah luntur mampu melakar kecemerlangan.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga iKT untuk terus berani mencabar diri, mengharumkan nama sekolah serta mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.