Archive for: January 2016

Menteri Pendidikan Hargai Kejayaan Dr. Duster dan The Miracle

20160117052638 (1)

KUALA LUMPUR , 18 Januari : Penghargaan terus mencurah-curah diberikan kepada Team Dr. Duster with Green Cleaner dan The Miracle Multipurpose Soap atas kejayaan memperolehi Gold Medal dan Silver Medal di Taiwan baru-baru ini.

Terbaru perhargaan telah disampaikan sendiri oleh YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID, Menteri Pendidikan Malaysia sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2016.

Semoga Team ini yang diketuai oleh Cik Saripah binti Embong terus mendapat kecemerlangan dan membuka mata dunia bahawa SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu mampu menggegarkan dunia satu masa nanti.

2016011705263020160117052632 (2)20160117052645

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Mesyuarat Agung Firqah 2916

b49ff2b7-61c9-44c4-9aac-a5a4b5898c32

SMIYT KTRG SBT , 18 : Mesyuarat Agung Firqah 2016 telah diadakan kelmarin bagi membincangkan aktiviti firqah masing-masing.

Mesyuarat Agung ini telah diadakan di waktu pagi di beberapa lokasi seperti di Dewan Besar, di bilik Kuliah, di Perpustakaan dan juga di Makmal.

Tahniah dan syabas kepada guru penasihat yang telah berjaya mengadakan mesyuarat Agung tersebut.

01fc293c-e907-4efe-af42-1ee127917908bb284e04-2ace-4675-a7a4-56d368871f29c2ca4779-fdd5-4801-8cf7-da1121e788eddae3d346-bc4c-4535-ad70-4c196f659de0

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

YB Dato’ Speaker Rasmi Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Pelajar Tingkatan 1 SM Imtiaz Terengganu

Slide15SMIYT KTRG SBT, 14 Januari : SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Penutup Minggu Suai Kenal Pelajar Tingkatan 1 seluruh SM Imtiaz Terengganu.

Minggu Suai Kenal ini adalah sempena program seminggu yang diadakan bagi seluruh pelajar tingkatan 1 setiap sekolah yang telah mendaftar pada 10 Januari baru-baru ini.

Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Zubir bin Embong, Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu. Mengiringi beliau dalam majlis tersebut ialah Encik Mazlan bin Che Wil, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Imtiaz, Wakil Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu , Pegawai Yayasan Terengganu , semua Pengetua SM Imtiaz Terengganu, guru-guru  serta ibubapa.

Dimulakan dengan ucapan Wakil pelajar tingkatan 1 disusuli dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusoff bin Othman, kemudian ucapan oleh Encik Mazlan bin Che Wil seterusnya ucapan perasmian oleh YB Dato’ Haji Mohd Zubir bin Embong, Speaker DUN Negeri Terengganu.

Slide37Slide10Slide53Slide49

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Mesyuarat Majlis Pemuafakatan Ibubapa dan Guru Kali Pertama 2016

Slide3SMIYT KTRG SBT , 11 Januari : Mesyuarat Majlis Pemuafakatan Ibubapa dan Guru Kali Pertama 2016 telah diadakan petang ini di bilik Mesyuarat Sekolah.

Yang Dipertua MPIBG , Tuan Haji Zulkifli bin Abu Bakar mempengerusikan mesyuarat tersebut yang dihadiri semua Ahli Jawatankuasa MPIBG.

Slide1Slide2