Archive for: January 2016

Lambaian Terakhir Cikgu Ariffin Di Bumi SM Imtiaz YT Kuala Terengganu

Slide41SMIYT KTRG SBT, 28 Januari : Hari ini merupakan hari yang terakhir Cikgu Ariffin berada di sekolah ini kerana beliau akan bersara bermula hari Ahad ini.

Majlis persaraan beliau diadakan hari ini dengan dimulai dengan puch out yang disaksikan oleh semua Pengurusan sekolah dan guru-guru. Kemudian beliau bersalam-salam dengan semua pelajar lelaki dan melambaikan tangan kepada semua pelajar perempuan dengan suasana yang penuh sayu.

Kepada Cikgu Ariffin, seluruh wargga Imtiaz YT Kuala Terengganu berdoa agar beliau sentuiasa dirahmati Allah dan berada dalam keadaan sihat walafiat.

Terima kasih cikgu yang banyak mencurahkan ilmu kepada anak didiknya sehingga beroleh kejayaan yang cemerlang.

JASAMU TETAP DIKENANG SEPANJANG HAYAT

Slide61Slide60Slide53Slide49Slide44Slide22Slide15Slide6Slide5

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

VIDEO selamat bersara Cikgu Ariffin

Firqah Akhlak JOHAN Keseluruhan Larian Firqah 2016

Slide26SMIYT KTRG SBT , 28 Januari : Larian Firqah yang diadakan hari ini menyaksikan Firqah Akhlak mengungguli firqah lain apabila diumumkan JOHAN keseluruhan dalam acara Larian Firqah bagi tahun 2016.

Semua guru dan pelajar terlibat dalam acara ini. Majlis melepaskan peserta serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusoff bin Othman.

berikut adalah markah keseluruhan setiap firqah

JOHAN : Firqah Akhlak : 2,840 markah

NAIB JOHAN : Firqah Istiqamah : 2,487 markah

KETIGA : Firqah Zaamah : 1,959 markah

KEEMPAT : Firqah Mahabbah : 1,069 markah

KELIMA : Firqah Itqan : 928 markah

KEENAM : Firqah Taqwa : 919 markah

Slide106Slide91Slide75Slide57Slide56Slide44Slide43Slide42Slide33Slide21Slide3Slide2

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA FIRQAH YANG TERLIBAT 

Gotong Royong Sempena Cegah Aedes Peringkat Sekolah

Slide21SMIYT KTRG SBT, 28 Januari : Sempena Cegah Aedes Negeri Terengganu, satu aktiviti gotong royong membersih kawasan sekolah dan asrama telah diadakan pagi ini.

Acara dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusoff bin Othman yang memaklumkan bahawa semua guru dan pelajar perlu meningkatkan kesedaran tentang bahayanya nyamuk aedes ini yang membawa kepada demam denggi. Selaras dengan seruan Kerajaan Negeri Terengganu, pihak sekolah menyahut cabaran ini dengan mengadakan program gotong royong peringkat sekolah.

Beliau seterusnya merasmikan program ini.

Slide27Slide19Slide17Slide8Slide5Slide3

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Perjumpaan Kelab dan Persatuan 2016

b2f04beb-5d3d-4bcc-8656-9042f674242e

SMIYT KTRG SBT, 26 Januari : Satu perjumpaan Kelab dan Persatuan telah diadakan petang ini. Perjumpaan kali pertama 2016 ini telah diadakan di beberapa lokasi.

Antara kelab dan Persatuan yang telah mengadakan perjumpaan ialah

PERSATUAN dan KELAB:

  1. Persatuan Bahasa Melayu
  2. Persatuan Bahasa Inggeris
  3. Persatuan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
  4. Kelab Komputer
  5. NLP DAN KELAB KERJAYA
  6. Kelab Tunas Jaya ( Fortune )
  7. Kelab Kemahiran Hiusp Bersepadu
  8. Kelab Seni Silat Gayong
  9. Kelab Kompang
  10. Kelab Taekwando
  11. Kelab Pengguna
  12. Kelab Saintis Muda
  13. Kelab Rukun Negara
  14. Kelab SPBT
  15. Kelab Catur

KELAB ELIT :

  1. Kelab Avionik
  2. Kelab Robotik
  3. Kelab Solarik
  4. Kelab Avionik
  5. Kelab Renang
  6. Kelab Berkuda
  7. cffaa6b3-abc1-4d24-8ff1-1b444a6c8a8d9b85bf26-0061-49ff-99da-b41acdf567da 12e34179-33c0-434a-a003-d17087dc08a8 076a90e8-5a99-4a9c-9fb6-0ecb40799fef 95fbf01c-c22b-4d4d-95e3-5c5816448534 322f8f4e-e603-428f-9c05-6c9ef0b6383e 992dfc1e-e52e-46d2-ae97-dbb8070eb023 9533eafa-95ef-4b4c-80c8-649905ce6828 891926ea-dc7a-4455-9178-0e593b5c9d7a 44948218-9538-49e9-82cb-aaa1c078d04d b2f04beb-5d3d-4bcc-8656-9042f674242e cffaa6b3-abc1-4d24-8ff1-1b444a6c8a8d20160126004701 20160126004702