Archive for: June 2014

Tahniah!!! Riezman Hafiz Dapat Pingat Gangsa Mahrajan Peringkat Kebangsaan

Slide3PAHANG : Pihak sekolah amat berbangga dengan kejayaan pelajar sekolah ini yang berjaya mendapat pingat gangsa dalam pertandingan Mahrajan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Sekolah Sukan Malaysia, Pahang bermula 30 Mei – 2 Jun yang melibatkan semua Negeri.

Mohd Riezman Hafiz bin Radzuan pelajar tingkatan 4 yang begitu sinonim dengan Mahrajan ini telah mewakili Negeri Terengganu bersama peserta dari sekolah lain. Beliau mengharumkan nama Negeri Terengganu amnya dan sekolah khasnya apabila pasukan lelajki berpasukan telah menggondol pingat gangsa.

Pingat Emas – Negeri Kedah

Pingat Perak – Negeri Selangor

Pingat Gangsa – Negeri Terengganu

Slide2Slide4Slide1

 

Tahniah dan Syabas.

Shabaabul Fateh

Slide2SMIYT KTRG SBT : Nasyid merupakan salah satu acara yang dipertandingkan bagi mengharumkan nama sekolah di peringkat Daerah, Negeri mahupun Kebangsaan. Antara lain ialah Pasukan Dikir Zikir, Kompang Formasi, Choral Speaking dan banyak lagi.

Sebagai sebuah pasukan nasyid di bawah kendalian KJ Agama , Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar dan dibantu oleh penyelarasnya, Ustazah Rosni binti Jaafar, banyak pertandingan yang disertai sehingga membawa kejayaan untuk sekolah.

Pasukan nasyid  ini diberi nama SHABAABUL FATEH. Semoga pasukan nasyid terus berkembang dari masa kesemasa.

Saksikan klip video persembahan nasyid serta anugerah yang dicapai. Saksikan video ini

 VIDEO