Archive for: June 2014

Lawatan Penandaarasan Daripada PPD Muar , Johor Darul Takzim

Slide10SMIYT KTRG SBT , 25 Jun : Pagi ini , pihak Pengurusan Sekolah telah menerima kunjungan hormat Pegawai-Pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Muar , Johor Darul Takzim.

Mereka disambut oleh Pengurusan sekolah yang terdiri daripada Tuan Haji Ahmad Ridhuan Abd Ghani, Penolong Kanan HEM, Puan Che Kadijah binti Che Abdullah, Setiausaha Sekolah serta Ketua-ketua Jabatan

Kunjungan PPD Muar ini telah diiringi oleh Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.

Sebentar tadi mereka telah melawat pelajar-pelajar yang sedang menghafaz Al Quran di Surau sekolah.

Slide23Slide21Slide19Slide18

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Khatam Al Quran dan Solat Hajat Di Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu

Slide14KUALA TERENGGANU : 23 Jun : Satu majlis Khatam Al Quran dan Solat Hajat telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu, Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman.

Majlis ini disertai seramai 30 pelajar yangmembaca al Quran 30 juzuk serentak. Mereka terdiri  daripada pelajar tingkatan 4 dan diiringi oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin haji Uzip, Penolong Kanan Ulul Albab.

Solat maghrib , Isyak dan Solat hajat telah diimamkan oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip.

Slide2Slide8Slide1

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Taman Asrama Berubah Wajah

Slide6SMIYT KTRG SBT , 5 Jun : Sempena musim cuti persekolahan ini, pihak pengurusan asrama telah mengambil langkah melakukan kerja-kerja pembersihan persekitaran asrama agar nampak ceria.

Sehubungan dengan itu, semua kakitangan asrama serta dibantu pekerja swasta telah melaksanakan kerja-kerja yang murni ini dan akhirnya dapat menyelesaikan kerja-kerja tersebut.

Slide3Slide4Slide5Slide7Slide8Slide9Slide10

Tahniah

Tahniah!!! SM Imtiaz Kuala Terengganu Johan Kuiz Peringkat Negeri

Slide2UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU : Dengan berbekalkan ilmu dan tunjuk ajar dari guru , akhirnya peserta dari sekolah ini telah berjaya membawa pulang Trofi di atas kemenangan dalam pertandingan Kuiz Sains Kelautan Peringkat Negeri Terengganu yang dianjurkan oleh UMT.

Mereka terdirir daripada Nur Wafi Syamimi, Alya Farhana, Nadhirah dan Mastura Izzati. Bukan itu sahaja, mereka juga membawa pulang hadiah RM500.00 berserta sijil.

Tahniah dan syabas kerana mengharumkan nama sekolah di Peringkat Negeri.

Slide4Slide1Slide3