Archive for: April 2014

Pasukan Nasyid Tempat Ke 3 Peringkat Negeri Terengganu.

Slide7DUNGUN : Pasukan Nasyid sekolah yang mewakili daerah Kuala Terengganu Selatan telah berjaya menduduki tempat ke 3 dalam Festival Nasyid anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Festival ini telah di adakan di SMKA Kuala Abang, Dungun Terengganu bermula 18 – 19 April 2014. Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu telah merasmikan festival ini.

Berikut adalah keputusan rasmi yang melibatkan sekolah ini sahaja.

Tilawah Lelaki : Naib Johan

Hafazan Perempuan : Ke 3

Nasyid : Ke 3

Slide1

Gambar selanjutnya DI SNI

 

Tahniah dan syabas anak-anak Al Fateh

Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Rasmi Majlis Penutup PKS NUKLEUS Peringkat Negeri Terengganu

Slide1SMIYT KTRG SBT : Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Mohd Dom , Naib Presiden ANGKASA telah merasmikan majlis penutup PKS Peringkat Negeri Terengganu.

 

Sila klik di sini untuk keterangan selanjutnya.

Hubungi Kami

hubungi

 

Nasyid , Kompang Johan Peringkat Belia Daerah Kuala Terengganu

Slide6KUALA TERENGGANU , 12 April : SM Imtiaz Kuala Terenggganu melakar sejarah apabila buat julung kalinya menyertai program peringkat belia yang diadakan di Komplek Belia Daerah Kuala Terengganu telah menghadiahkan senyuman untuk sekolah apabila dinobatkan johan bagi kategori masing-masing . Sekaligus mewakili Daerah Kuala Terengganu ke pringkat Negeri yang akan diadakan pada awal mei nanti.

SM Imtiaz Kuala Terengganu telah menghantar 3 wakil bagi menyertai Program ini iaitu Nasyid, Tilawah dan Kompang Formasi. Bagi Tilawah , Hasif bin Kamal mendapat tempat ke 4.

Semua hadiah disampaikan oleh Y.B Tuan Haji Zuber bin Embong , Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri.

Pasukan nasyid sekolah di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar dan Ustazah Rosni binti Jaafar telah berjaya menewaskan 5 pasukan lain yang mempamerkan kehebatan ketika membuat persembahan.Dengan membawa lagu Al-Quran Penjana Transformasi Ummah bagi lagu pertama dan Iman Penuju Kejayaan sebagai lagu kedua telah menarik perhatian para juri dan hakim dengan memberikan markah tertinggi daripada pasukan lain.

Shabaabul Fateh( SM Imtiaz Kuala Terengganu ) – JOHAN

Shoutul Shams( SMKA Sheikh Abdul Malek) – NAIB JOHAN

Asyakirin(SMK Padang Midin) – TEMPAT KETIGA

Begitu juga dengan Kompang formasi di bawah pimpinan Ustaz Wan Ahmad Kalmani bin Wan Mohd , dengan gaya yang tersendiri telah memukau para penonton dan hakim telah memberikan markah yang tinggi untuk dinobatkan Johan bagi kategori tersebut.

Al Fateh ( SM Imtiaz Kuala Terengganu – JOHAN

Al Khairiah ( SMA Khairiah ) – NAIB JOHAN

SMK Belara – TEMPAT KETIGA

Semangat juang anak-anak Al Fateh ini memberikan keyakinan bahawa selain daripada bidang kokurikulum, mereka juga mampu melakar kejayaan berganda dibidang akademik dan juga hafazan.

 

TAHNIAH UNTUK ANAKANAK AL FATEH