Archive for: October 2013

Tahniah !!! SM Imtiaz K.Trg Tempat Kedua Program Inovasi Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan

Slide3KUALA LUMPUR , 20 Oktober : Berita yang baru diterima sebentar tadi , pasukan sekolah telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Y Biz Challenge 2013, Program Inovasi Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh YB Datuk Mary Yap , Timbalan Menteri Pendidikan 1.dengan membawa pulang RM15,000.00

Syabas dan tahniah!!!

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Slide2Slide1Slide1Slide2

Malam Anugerah Firqah dan Apresiasi Tingkatan 5

Slide96SMIYT KTRG SBT , 30 Oktober : Majlis yang diadakan setiap tahun ini telah diadakan malam tadi dengan kehadiran guru serta pelajar.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan pelajar yang telah banyak memberi sumbangan terhadap sekolah. Ianya dikendalikan oleh pelajar yang telah menunjukkan prastasi yang cemerlang.

Majlis tersebut juga dihadiri Penolong Kanan Pentadbiran , Penolong Kanan HEM , Penolong Kanan Kokurikulum serta ketua jabatan.

Slide1Slide59Slide125Slide165Slide176Slide76

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Retreat Imtiaz Yayasan Terengganu

Slide4KUALA TERENGGANU , 27 Oktober : Semua pengurusan tertinggi dari 5 buah sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu telah menghadiri seminar ini yang bermula hari ini dan berakhir pada 29 Oktober 2013. Ianya telah diadakan di PRINZPARK Terengganu, Terengganu Equestrian Resort  yang akan dirasmikan oleh Pengarah Yayasan Terengganu , Tuan Haji Azmi bin Razik.

Pengurusan tertinggi terdiri daripada semua pengetua , Penolong Kanan dan Ketua Jabatan. Sekolah Imtiaz yang terlibat ialah SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Kuala Berang , SM Imtiaz Kemaman , SM Imtiaz Dungun dan SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Slide3Slide2Slide3

Lawatan Ke Kolej Dato Patinggi Abang Haji Abdillah , Kuching Sarawak

Slide7KUCHING , 25 Oktober : Seramai 21 orang guru dan kakitangan serta 24 pelajar telah berlepas dari KLIA ke Kuching , Sarawak bagi menghadiri lawatan di sana. Rombongan ini telah berlepas dari lapangan terbang KLIA tengahari kelmarin.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dan mengambil input serta maklumat tentang kecemerlangan sekolah dari segi kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar  dan juga pengurusan asrama.

Disamping itu juga melihat kecemerlangan ICT dan bahasa Inggeris yang merupakan kebitaraan sekolah ini ( SKK ).

Slide255Slide102Slide155Slide188Slide202Slide248

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI