AUSTRALIA : Program ini merupakan satu program kemuncak yang dianjurkan oleh ANGKASA dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ).
Berita selanjutnya sila baca DI SINI
AUSTRALIA : Program ini merupakan satu program kemuncak yang dianjurkan oleh ANGKASA dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ).
Berita selanjutnya sila baca DI SINI
SMIYT KTRG SBT , 6 Jun : Himpunan Mahasiswa Matematik ( HIMMAT ) dengan kerjasama Jabatan Matematik, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ( HEPA ) dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) telah menganjurkan Program Kem ini yang bermula hari ini dan akan berakhir 8 Jun 2013. Ianya diadakan di Dewan Asyatibi SM Imtiaz Kuala Terengganu yang sepatutnya diadakan di UMT.
Kumpulan sasar adalah semua pelajar tingkatan 5. Kem ini bertujuan bagi meningkatkan motivasi pelajar bagi menguasai ilmu Matematik Tambahan dengan menanamkan sikap yang positif dan minat yang mendalam terhadap Matematik Tambahan.
Disamping itu memperkukuhkan asas-asas ilmu matematik yang menjadi keperluan pembelajaran semasa di sekolah dan di peringkat yang lebih tinggi nanti. Kem tersebut dapat dijalankan dalam bentuk bengkel, rekreasi dan penerokaan secara bersantai tanpa terlalu berbentuk akademik. Aktiviti – aktiviti yang disusun-atur lebih kepada berbentuk keceriaan dan kerja dalam berpasukan. Pembelajaran matematik yang diterapkan dalam kem ini lebih kepada penerokaan dan pengalaman pembelajaran.
Penceramah terdiri daripada Prof. Madya Dr. Sabri bin Ahmad, Pensyarah Kanan Jabatan Matematik UMT, Guru pakar Matematik Tambahan serta Fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa UMT.
SMIYT KTRG SBT , 5 Jun : Program ini telah diadakan di Dewan Asyatibi yang melibatkan semua pelajar tingkatan 4.
Ianya dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu 5-6hb Kem Memperkasakan Bahasa Inggeris dan 7-8hb Kem Memperkasakan Bahasa Arab.
Bagi mengendalikan program ini, pihak pengurusan telah menggunakan kepakaran dari UiTM dan UNISZA sebagai fasilitator.
Tujuan program ini adalah bagi memperkasakan pengusaan Bahasa di kalangan pelajar dari aspek penulisan dan percakapan. Juga teknik menjawab peperiksaan dengan tepat disamping membiasakan pelajar penggunaan bahasa dalam percakapan. Manakala pada waktu malam pula akan dipenuhi dengan program kerohanian.