Archive for: June 2013

Aktiviti Perkhemahan Hari Ke 2 Cukup Meriah

Slide57SEBERANG TAKIR, 14 Jun : Masuk hari ke 2 perkhemahan, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan pada sebelah pagi dan petang.

Pada sebelah pagi, pemeriksaan khemah telah dijalankan dan permainan paintball. Manakala sebelah petang pula telah diadakan aktiviti merentas halangan. Pelbagai gelagat lucu dan menarik kelihatan pada hari ini.

Terdahulu dari itu pada sebelah malam, aktiviti persembahan kebudayaan diadakan.

Slide13Slide72Slide109

Lihat aksi menarik peserta perkhemahan DI SINI 

Perkhemahan Badan Beruniform Dan Kawad Kaki 2013 Bermula

Slide25Seberang Takir , 13 Jun : Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform dan Kawad Kaki telah bermula petang ini.

Ianya diadakan di Kem Pengakap, Kem Tengku Muhammad Ismail Telaga Batin.Sebentar tadi telah diadakan aktiviti memasang khemah serta taklimat yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan KOKU, Ustaz Md Nor bin Yahya.

Pada sebelah malam nanti akan diadakan Aktiviti Malam Kebudayaan.

Slide4Slide16Slide30

Gambar aktiviti petang ini sila klik DI SINI

Lain Kali Nak Datang Lagi

Slide8SMIYT KTRG SBT , 13 Jun : Kunjungan dari Sek. Keb. Kompleks Seberang Takir pada 12hb memberi kepuasan kepada mereka apabila pihak sekolah menerima kunjungan itu.

Mereka adalah terdiri daripada guru pengiring serta 107 orang murid yang melawat sekolah ini. Mereka juga diberi taklimat ringkas mengenai pencapaian sekolah dan juga melawat persekitarannya.

Slide13Slide81Slide39

Lihat gambar menarik DI SINI

Program PKS : SMK Raja Puan Muda Tg. Fauziah, Perlis

Slide22SMIYT KTRG SBT , 16 : Seramai 64 pelajar yang terdiri daripada 16 pelajar lelaki dan 48 pelajar perempuan serta 16 orang guru pengiring dari SMK Raja Puan Muda Tg. fauzih, Perlis telah mengunjungi sekolah ini dalam Progarm Koperasi Sekolah.

Program tersebut telah bermula pada 6 – 8 Jun selama 3 hari 2 malam. Mereka telah dibawa melawat tempat yangmenarik sekitar bandar Kuala Terengganu yang diiringi beberapa pelajar sekolah ini serta wakil dari ANGKASA.

 

Berita penuh sila baca DI SINI