Archive for: June 2013

Lawatan Dari SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor

Slide6SMIYT KTRG SBT , 22 Jun : Pagi ini seramai 51 pelajar yang terdiri daripada 25 pelajar lelaki , 26 pelajar perempuan dan 11 guru pengiring dari SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Selangor telah mengunjungi sekolah ini.

Rombongan ini telah disambut mesra oleh pihak pengurusan sekolah iaitu diketuai oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan HEP , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya , Setiausaha Sekolah, Cikgu Kadijah binti Abdullah serta beberapa orang guru yang lain.

Rombongan mereka diketuai oleh Puan Hamisah binti Arshad, Penolong Kanan Pentadbiran serta Pemangku PK HEP  Tuan Mohd Zaini bin Misiwan.

Ketika ini mereka dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat mengenai sekolah.

Slide2Slide7Slide8

Laporan selanjutnya akan menyusul

Amir Fahmi Layak Ke Peringkat Kebangsaan

IMG-20130615-WA0007SMIYT KTRG SBT , 18 Jun : Amir Fahmi pelajar tingkatan 4 sekolah ini telah mengharumkan nama sekolah apabila muncul Johan Hafazan Kategori Menengah Atas dalam Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah ( MISS ), Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 13 Jun baru-baru ini di SMKA Wataniah. Beliau layak ke peringkat Kebangssan yang akan diadakan di Kelantan tidak berapa lama lagi.

Selain daripada hafazan, Qiraat Menengah Atas juga mendapat Johan dan kuiz tempat ke 3.

IMG-20130615-WA0005IMG-20130615-WA0006IMG-20130615-WA0008

Tahniah dan Syabas

Tahniah!! Khairil Asyraf Naib Johan Catur Peringkat Antarabangsa

Slide72THAILAND , 18 Jun : Pertandingan Catur 14th Asian Age Group Chess Championship 2013 telah diadakan di Mae Ping Hotel, Chiang Mai, Thailand yang bermula pada 5hb dan berakhir pada 14 Jun baru-baru ini menyaksikan 2 orang pelajar sekolah ini yang mewakili Malaysia telah memberikan kejutan apabila memperolehi 1 perak dan 2 gangsa.

Malaysia telah menghantar 41 peserta dan 2 orang daripadanya adalah dari SM Imtiaz Kuala Terengganu. Beliau ialah Khairil Asyraf bin Khairil Anuar dan Mohd Fahim Hanif bin Mohd Fahmi Anwar yang diiringi oleh Cikgu Kadijah binti Abdullah selaku guru pengiring.

Slide1

Dalam pertandingan tersebut, Khairil Asyraf telah mendapat pingat perak melalui kategori Blitz bawah 18 tahun. Manakala Bagi kategori kumpulan, beliau bersama Mohd Fahim Hanif memperolehi pingat gangsa.

Dalam pertandingan ini seramai 520 peserta daripada 14 buah negara telah menyertai pertandingan tersebut. Antaranya ialah Malaysia, Thailand, Singapura, Myammar, Rusia, India, Monggolia, Indonesia, China, Laos, brunai serta Filipina.

Tahniah dan syabas kepada mereka berdua kerana mengharumkan nama Malaysia, Negeri serta sekolah di peringkat Antarabangsa.

SYABAS PELAJAR SM IMTIAZ KUALA TERENGGANU

Slide85Slide93Slide91

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Program PKS : SMK jalan 3 Bandar Baru Bangi, Selangor

Slide4SMIYT KTRG SBT , 16 Jun : Pihak Koperasi Sekolah telah menerima tamu dari SMK Jalan 3 Bandar Baru Bangi pada 14 Jun yang lalu dan berakhir hari ini.

 

Baca berita seterusnya DI SINI