Archive for: June 2013

Science World Programme 2013

Slide97SMIYT KTRG SBT , 30 Jun : Science World Programme telah dirasmikan oleh Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah di Makmal Kimia jam 4.00 petang tadi.

Objektif nya adalah

1. Menjadikan sains sebagai subjek yang menyeronokkan.

2. Menarik minat pelajar kepada pembelajaran sains.

3. Melatih para pelajar supaya lebih kreatif dalam menjalankan eksperimen sains.

4. Mengukuhkan pelajar dengan kemahiran manipulatif

5. Mengaplikasikan pembelajaran sains dalam kehidupan seharian.

 

Pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 5. Program ini akan berakhir pada 2 Julai nanti.

Slide132Slide120Slide125

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Schoolwide Enrichment Model ( SEM )

Slide14SMIYT KTRG SBT , 30 Jun : A detail blueprint for total school improvement which is flexible for the school to develop based on local resources, students population, school leadership and faculty strengths and creativity

Slide20Slide28Slide43

For more pictures please click HERE

Lawatan Dari SMA Al Madrasah Alawiyah Ad Diniah, Perlis

Slide7SMIYT KTRG SBT , 30 Jun : Seramai 68 pelajar dan 12 guru pengiring dari SMA Al Madrasah Alawiyah Ad Diniah, Perlis telah mengunjungi sekolah ini jam 9.30 pagi tadi.

Rombongan tersebut yang diketuai oleh Encik Rosman bin Haris, Ketua Waden telah disambut mesra oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Ustazah Faidahnam binti Busu Penolong Kanan Pentadbiran serta Setiausaha sekolah Cikgu Kadijah binti Abdullah dan MPP.

Ketika ini mereka diberi taklimat khas mengenai sekolah di bilik mesyuarat.

Slide2Slide3Slide6

Gambar selanjutnya akan menyusul nanti

 

 

KURSUS LADAP TEAM BUILDING 2013

Slide134KUANTAN , 29 Jun : Kursus yang dijalankan bermula 27hb yang berakhir hari ini telah memberikan semangat baru kepada semua guru, kakitangan sekolah dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

Kursus ini merupakan kursus yang amat berharga sekali kerana telah dapat mewujudkan hubungan silaturrahim yang begitu akrab dikalangan warga imtiaz Kuala Terengganu.

Keberkesanan kursus ini diterjemahkan dalam Team Building yang dikendalikan sepenuhnya oleh Konsultan yang terkenal di Pahang iaitu PERASA MANAGMENT diketuai oleh YM Raja Ismail.Ianya diadakan di Sempurna Resort, Kuantan.

Semua guru dan kakitangan berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik bagi melahirkan pelajar yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Slide28Slide129Slide272

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Video – Linangan Air Mata