Archive for: April 2013

Tahniah! : Kalam Jamaie Tempat Ke 3 Peringkat Negeri Terengganu 2013

kalam jamaiesSMAASZA Batu Buruk , 5 April : Setinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta Kalam Jamaie yang telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan tersebut bagi peringkat Negeri Terengganu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Pertandingan ini telah diadakan di SMA (A ) Sultan Zainal Abidin Batu Buruk pada 4 April 2013 yang melibatkan 8 buah sekolah.

Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih, guru pengiring serta individu yang telah berusaha bagi menaikkan nama sekolah di peringkat Negeri.

Saksikan persembahan Kalam Jamaie yang melibat peserta SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Persembahan Kalam jamaie

Program Jaringan Pelajar-Pelajar PMR Ke Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor

Slide4SMIYT KTRG SBT , 3 April : Seramai 31 pelajar PMR yang terdiri dari 15 lelaki dan 16 perempuan serta 3 orang guru telah bertolak ke SM Sains Hulu Selangor sebentar tadi bagi program tersebut.

3 orang guru terdiri daripada Cikgu Abdul Hadi bin Muda, Ustazah Wan Mardhiana binti Wan fauzi dan Cikgu Che Kadijah binti Abdullah. Program ini akan diadakan selama 4 hari dan akan berakhir pada hari Sabtu 6 April 2013.

Slide1Slide2Slide3

Pertandingan Masakan Antara Badan Beruniform

Slide9SMIYT KTRG SBT , 2 April : Kelab Remaja Sekolah ( KRS ) petang ini telah menganjurkan pertandingan masakan antara badan beruniform sekolah bertempat di kantin sekolah.

Markah diambil kira berpandukan kreativiti, rasa, kebersihan dan kerjasama. Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu lelaki dan perempuan.

Tahniah kepada semua badan beruniform yang telah menghantar wakil bagi menyertai pertandingan ini. Hakim yang mengadili pertandingan ini adalah terdiri daripada guru-guru yang pakar tentang masakan.

Slide4Slide3Slide6

Lihat gambar masakan yang telah siap untuk diadili DI SINI

Tahniah! SM Imtiaz YT Kuala Terengganu Terima 4 Anugerah

Slide41SMIYT KTRG SBT , 2 April : Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada sekolah ini yang telah menerima anugerah sempena Majlis Apresiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu yang telah diadakan pada hari ini di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Sekolah ini telah menerima anugerah Sekolah Anjung Ilmu, anugerah Sekolah Lonjakan Anjung Ilmu, anugerah Panitia Matapelajaran Bahasa Melayu dan anugerah Panitia Matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiah.

Slide21Slide32Slide4

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Tahniah dan syabas

GURU PENYAYANG MURID BERKUALITI

TERENGGANU NEGERI ANJUNG ILMU