Archive for: August 2012

Tadarus Al-Quran Dari Guru

KUALA TERENGGANU , 11 Ogos : Sempena menyambut bulan ramadhan, pihak pengurusan sekolah telah mengadakan tadarus secara kumpulan di kalangan guru. Program ini bermula di sebelah pagi tadi.

Semua guru terlibat dalam program ini. Setiap kumpulan diberikan satu surah untuk dihabiskan.

Semoga bulan yang baik ini memberikan kekuatan kepada semua guru agar diberikan kemuliaan di sisi Allah S.W.T

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

Peer Coaching

KUALA TERENGGANU , 5 Ogos : Program ini telah diadakan pada 29 julai yang lalu bertempat di bilik Kuliah.

Tujuan program ini adalah untuk membimbing pelajar target dan dipantau oleh pelajar elit serta membuat study group. Sasaran dalam percubaan SPM 2012 nanti adalah sekurang-kurangnya minimum C.

Program ini telah dirasmikan oleh oleh Tuan Haji Jain bin Awang, Timbalan YDP MPIBG. Turut hadir dalam majlis tersebut Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu, Pengarah Projek SPM 2012, Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar serta beberapa orang guru.

New Deals Kali Ke 2

KUALA TERENGGANU , 3 ogos : SMIYT Kuala Terengganu telah diberikan penganugerahan Tawaran baru Pengetua baru-baru ini berturut-turut.

Penganugerahan ini telah disampaikan oleh Y.A.B Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah dan syabas dan semoga ianya terus mencapai kejayaan demi kejayaan seterusnya mengangkat nama sekolah di persada antarabangsa.

Program Bertadarus Diteruskan

KUALA TERENGGANU , 2 Ogos : Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu terus melaksanakan program Tadarus ini sepanjang bulan ramadhan.

Tahniah dan syabas kepada pelajar hafiz dari SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu kerana telah diberi kepercayaan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu untuk bertadarus bersama masyarakat kampung sepanjang bulan Ramadhan ini.

Gambar

Tadarus di Kediaman Menteri Besar

Tadarus di Masjid Kampung Laut

Tadarus di Masjid Gemuruh

Tadarus di Masjid Kampung Surau Panjang

Tadarus di Masjid Sultan Ismail

Tadarus di Masjid Kubang Ikan