Archive for: August 2012

Peperiksaan Percubaan SPM Bermula

KUALA TERENGGANU , 27 Ogos : Hari ini bermulalah Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) 2012

Seramai 99 calon pelajar di sekolah ini telah menduduki peperiksan tersebut.

Ianya akan berakhir pada 13 September ini. Semoga semua calon berkenaan akan beroleh kejayaan.

Alumni Meriahkan Sambutan Hari Raya

KUALA TERENGGANU , 26 Ogos : Majlis Hari Raya pada tahun ini cukup meriah apabila alumni juga tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan sambutan tersebut.

ramai yang hadir dalam majlis itu.

Tahniah dan syabas.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Meriah

KUALA TERENGGANU , 26 Ogos : Majlis sambutan Hari Raya telah disambut dengan penuh meriah pagi ini.

Ianya merupakan acara tahunan yang diambut setiap tahun apabila sesi persekolahan dibuka semula.

Semua guru, kakitangan serta pelajar terlibat dalam majlis sambutan ini.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

Ceramah Muhasabah Ramadhan dan Lambaian Syawal

KUALA TERENGGANU , 16 Ogos : Pihak pengurusan sekolah telah mengundang seorang penceramah dari UNISZA bagi memberi penerangan dan penjelasan mengenai Muhasabah Ramadhan selepas majlis sumbangan Hari Raya 2012.

Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Haji Talib bin Abdul Rahman, Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, ( UNISZA ). Di akhir majlis, semua guru dan pelajar bersalam-salaman serta bermaaf-maafan sempena menyambut awal syawal di Hari Raya Aidil Fitri 1433H bersamaan 2012M.

 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 

MAAF ZAHIR BATIN

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI