Archive for: April 2012

Lawatan Dari Maahad Hamidiah Kajang Selangor

KUALA TERENGGANU, 30 Apr : Seawal jam 7.15 pagi, pihak sekolah telah menerima kunjungan guru dan pelajar dari Maahad Hamidiah, Kajang Selangor.

Rombongan tersebut telah disambut oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Ulul Albab, Tuan Haji Mohd Amin Faisal, Ketua Jabatan Al Quran, Ustaz Ridzuan bin Aziz serta beberapa orang guru.

 

Gambar seterusnya

Peserta MASMAT Akhir Diberi Penghargaan

KUALA TERENGGANU, 29 Apr : Baru-baru ini SM imtiaz Kuala Terengganu telah melayakkan diri ke pringkat akhir Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama ( MASMAT ) yang telah di adakan di UiTM Dungun, Terengganu.

Dalam temasya tersebut pasukan sekolah telah berjaya mendapat 4 JOHAN iaitu Badminton Lelaki Atas, Bola Jaring Atas, Pingpong Perempuan Atas, dan Pingpong Perempuan Bawah ,2 Naib Johan iaitu Bolasepak Menengah rendah dan Bola JaringPerempuan Rendah serta 1 bagi tempat ketiga iaitu Badminton Perempuan Atas.

Bagi mengenang jasa mereka yang telah banyak membantu bagi menaikkan nama sekolah, satu majlis penghargaan telah di adakan di Dewan Asyatibi petang tadi. Semua hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Ustazah Faidahnam binti Busu dan Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya.

Tahniah dan syabas

Gambar peserta MASMAT

 

Penghargaan Untuk Pembentangan Terbaik Science World Programme

KUALA TERENGGANU, 29 Apr : Sempena Program Science World yang diadakan baru-baru ini, pihak sekolah telah memberikan penghargaan kepada beberapa orang pelajar dalam pembentangan Science World Programme terbaik yang telah disempurnakan di Dewan Asyatibi.  Semua hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu.

Tahniah dan syabas kepada mereka yang telah menunjukkan bakat serta berani bercakap dan juga dapat mengeluarkan idea-idea yang bernas bagi menjuarai kategori masing-masing.

Gambar penyampaian hadiah

Kursus Pemantapan Catur Guru dan kakitangan

KOTA BHARU : 26 Apr : Bagi memantapkan permainan catur di kalangan guru dan kakitangan sekolah, satu kursus telah diadakan pada 26 hingga 27 April yang lalu bertempat di Juita Premier Hotel di Kota Bharu.

Catur yang merupakan salah satu daripada  kebitaraan sekolah dan ianya bertepatan apabila semua guru dan kakitangan diberi pendedahan secara teori dan praktikal selama dua hari itu. Kursus ini telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Masing-masing telah menunjukkan bakat yang terpendam dan sungguh menakjubkan ada beberapa orang guru dan kakitangan menunjukkan kebolehan bermain catur.

Aksi menarik permainan catur