
Jabatan Bahasa dan Agama dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab telah menganjurkan Kem Mumtaz A PIBA Tingkatan 4 selama 2 hari bermula hari ini. Kem ini melibatkan 90 orang pelajar Tingkatan 4 sekolah ini. Kem Mumtaz A+ bagi subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tingkatan 4 ini diadakan adalah sebagai langkah untuk meningkatkan kefahaman pelajar kepada beberapa tajuk sukar dan meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan dengan teknik yang betul. Selain itu, kem ini adalah salah satu usaha Jabatan Bahasa & Agama dalam meningkatkn peratus bilangan A+ bagi subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Antara objektif kem ini adalah:
- Meningkatkan kemahiran menjawab soalan PIBA.
 - Meningkatkan peratus gred A+ subjek PIBA.
 - Mencapai ETR PAT subjek PIBA.
 

