Kelayakan masuk

Semua calon yang ingin memasuki SM Imtiaz hendaklah memenuhi kreateria seperti berikut.

1. Mestilah mendapat 5A dalam UPSR – panduan

2. Mengikuti ujian bertulis terjemahan  rumi ke jawi – panduan

3. Mengikuti ujian hafazan Al Quran – panduan

47 comments on “Kelayakan masuk

  1. Mazlan bin Ahmad Mansor says:

    Assalamuakaikum:
    Saya berminat untuk menghantar anak saya ke tingkatan 1di Imtiaz Kuala Terengganu bagi sessi 2013. Berikut adalah serba sedikit tentang anak saya:
    Nama: Anas bin Mazlan
    Darjah 6
    Sekolah Kebangsaan Tun Syed Shahabuddin, Ayer Keroh (Taman Tasik Utama) Melaka
    Sekolah Rendah Agama JAIM Taman Tasik Utama
    Pencapaian:
    SRA:
    1. UPKK 8A
    2. Ujian Hafazan AlQuran: Lulus A
    SK Tun SAS:
    1. Ujian Gerak Gempur UPSR 1: 3A 1B 1C
    2. Ujian Gerak Gempur UPSR 2: 5A
    3. Ujian Percubaan UPSR: 5A
    Aktiviti Lain:
    1. Outdoor (Hiking & Camping)
    2. Cycling

    Sekiranya anak saya layak, sila maklumkan cara-cara permohonan supaya saya tidak terlepas peluang ini. Untuk makluman, saya, isteri dan anak-anak adalah anak kelahiran Terengganu dan menetap di Melaka.

    Sekian Wassalam

    • admin says:

      Assalamualaikum saudara Mazlan. Terima kasih kerana tuan berminat untuk memasukkan anak tuan di sekolah Imtiaz. Untuk makluman tuan, syarat yang penting sekali ialah UPSR mestilah mendapat 5A. Sekiranya anak tuan berjaya mendapat keputusan tersebut nanti, pihak kami mengalu-alukan kedatangan anak tuan dan menjadi warga Imtiaz. Untuk keterangan lanjut, tuan bolehlah menghubungi pihak Yayasan Terengganu Bahagian Pengurusan Imtiaz http://www.myimtiaz.com.my/v2/ atau menghubungi di talian 09-6221082.

  2. ABDUL AZIZ MOHAMAD says:

    Assalamualaikum…
    Just wanna ask,
    If i want to apply to be a teacher there,do i need to apply to the Ministry of Education or there is other way?

  3. Nora says:

    Assalamualaikum

    Saya berminat untuk menghantar anak saya belajar di tingkatan 1 2013 di Imtiaz KT.
    Kami berasal dr Terengganu tapi sekarang menetap di Brunei tapi akan kembali ke Malaysia mungkin tahun hadapan.

    Maklumat anak saya:
    Nima : Anis Amyra Azmi
    Tarikh lahir: 23 sep 2000
    Makumat sekolah:
    Bersekolah di Brunei dr darjah 1-6.
    Akan menduduki peperiksaan ‘Peperiksaan Sekolah Rendah ( PSR) pada Oktober ini ‘ -setara dengan UPSR

    Layakkah saya memohon kemasukan menggunakan result PSR Brunei?

    sekian, terima kasih

  4. Dr Shamsul Bahri B. Abd Razak says:

    Assalamualaikum.

    Saya berminat untuk mendaftarkan anak saya ke sekolah imtiaz. Untuk makluman tuan anak saya sedang menuntut di dalam tingkatan 2 SMK Subang Bestari. Anak saya mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR (2010) namun tidak di daftarkan kemasukan ke sekolah asrama penuh di atas sebab-sebab perpindahan saya ke luar negara. Sekarang saya akan bertugas ke Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu, tanah kelahiran saya. Bagaimanakah saya ingin mendaftar anak saya untuk tahun 2013 (tingkatan 3) di Imtiaz Kuala Teregganu.

    Sekian. Terimakasih.

    Wasallam.

    Dr. Shamsul Bahri B. Abd Razak

    • admin says:

      Waalaikum Salam

      Dr. Shamsul, terima kasih kerana berminat untuk mendaftarkan anak Dr ke Sekolah kami.

      Untuk makluman Dr, Sekolah kami hanya menerima kemasukan pelajar tingkatan 1 dengan keputusan 5A sahaja dan anak Dr. telah mendapat keputusan tersebut.

      Walaubagaimanapun kemasukan pelajar berkenaan hanya untuk tahun semasa sahaja. Untuk makluman Dr, segala proses kemasukan pelajar di seluruh Sekolah Imtiaz adalah melalui Yayasan Terengganu. Pihak Kami hanya menerima senarai nama daripada pihak Yayasan sahaja.

      Pihak kami cadangkan agar Dr berhubung terus Yayasan Terengganu Bahagian Pengurusan Imtiaz untuk penerangan dengan lebih lanjut lagi di talian 09-6221733 atau boleh melayari website imtiaz di http://www.myimtiaz.com.my/v4/ .

      Harap maklum

  5. intan says:

    adakah permohonan imtiaz hanya untuk pelajar ting. 1 sahaja? bagaimana dengan pelajar ting 4 2013 yang berminat?

  6. Umar says:

    Saya telah mendaftarkan permohonan anak saya secara online, jadi ingin mengetahui pada minggu bilakah sesi temuduga untuk permohonan masuk ke tingkatan 1 2013 akan diadakan?

    • admin says:

      Kebiasaannya awal bulan disember. Tuan dinasihatkan supaya melayari website ini dari masa ke semasa bagi mengetahui panggilan temuduga. Harap maklum

  7. isma says:

    macam mana saya nak tahu nama anak saya ada dalam senarai temuduga pada tarikh yang tertera.

  8. Puan Suraya Abbas says:

    Assalam tuan, saya ingin bertanya, adakah pihak Imtiaz membuka pengambilan pelajar tingkatan 4? Anak saya adalah pelajar Maahad Tahfiz Bustanul Arifin, Tumpat 2013. Ins ShaAllah beliau ingin menyambung pelajarannya di tingkatan 4 di mana-mana Sekolah Imtiaz . Harap mendapat maklum balas daripada pihak tuan. Terima kasih.

  9. athirah says:

    aslm wbt…bagaimana dengan pelajar ting 4 2013 yang berminat?

  10. athirah says:

    bagaimana dengan pelajar ting 4 2014 yang berminat?

  11. Muhammad Syamil says:

    bagaimana nak mohon masuk tingkatan4 bagi sesi 2014? bila temuduga?

  12. nawawi daud says:

    assalamualaikum,ank sy dah menghadiri temuduga imtiaz di terengganu tempoh hari.agaknya mcm mna sy nj thu kalau2 insyaAllah ank sy dpt sekolah imtiaz tu..?

  13. farah says:

    assalam, agaknya bilakah keputusan temuduga akan keluar ? saya nak check awal2 untuk adik saya..bolehlah prepare awal cket .. #hrp boleh bagi jawapan a.s.a.p 🙂

  14. Norilah Abdullah says:

    Assalamualaikum.

    Anak saya sangat berminat untuk belajar di sekolah Imtiaz Dungun. Oleh itu, saya ingin tahu cara kemasukan ke tingkatan 4 sekolah Imtiaz 2014. Di manakah saya hendak mendapatkan permohonan? Apakah syarat/kelayakan yang diperlukan? Untuk makluman tuan, anak saya mendapat 6A 1B (BI) dan 2C (BA dan KH) dalam PMR 2013 baru-baru ini.

    Terima kasih.

  15. ummul husna says:

    salam….
    Anak saya lelaki. Saya berminat untuk menghantar anak saya ke sekolah tuan. Sekarang ni beliua belajar di tingkatan 3, Maahad Tahfiz Sains Yayasan Khairiah. Beliau sudah menghafal 13 juzuk.. Soalannya, bolehkah anak saya melanjutkan pelajarannya tingkatan 4 di sekolah tuan? Sekiranya boleh apakah syarat-syarat yang diperlukan ?
    Sekian terimakasih

  16. Muhammad Hazim says:

    Nk tanya jika saya dah mohon SBP layakkah saya memohon sekolah ini?

  17. suzairi b mat said says:

    Assalam ingin memohon imtiaz utk ank sy..tetapi bkn mnetap d terengganu..sy di.kuantan pahang.boleh x sy nk apply .t.kasih

  18. Hamizawati bt usolludin says:

    Sy sgt berminat utk ank sy belajar di sekolah ini bg sesi 2016…
    Setakat ni percubaan ank sy 3a2b dan ank sy tidak mengikuti sekolah agama…
    Adakah ank layak utk bersama2 menimba ilmu agama dan akademik di sekolah ini..
    Terima kasih…

  19. ibu ali says:

    assalamualaikum.. anak saya lepasan pt3, smu(a) maahad tahfiz sains al muhammadi bachok kelantan. dan dia telah mendapat keputusan 9A2B dan telah menghafal 24 juzu’ al quran, alhamdulillah. permohonan kemasukan ke imtiaz untuk tingkatan 4 boleh dipohon melalui apaa yee? kalau dia bukan anak terengganu boleh memohon ke utk ke imtiaz? jzzk

  20. Ummu says:

    Saya berminat sngat nk msuk imtiaz..boleh saya tnyer imtiaz ambik tak pengambilan pelajar ting4 yng baru jika mndpat result yang cemerlang.

  21. rosmawati says:

    Saya ingin bertanya saya mempunyai anak yg mendapat 5a dalam ujian upsr 2015. Saya serta keluarga baru berpindah di sini pada bulan satu yg lepas dan ingin memohon sm imitiaz namun anak saya tidak mengisi borang dan tidak menjalani temuduga bagaimana ye skrg ank saya bersekolah di smk tengku ibrahim .
    Dahulu kami tinggal di pulau pinang
    Sekolah anak saya ialah sk seri indah.
    Ini ialah keputusan ank saya
    Ujian 1:3a 2b
    Ujian pertengahan tahun :3a 2b
    Ujian 2:3a 2b
    Percubaan:4a 1b
    Upsr:5a
    Kafa
    Upkk:8a
    Sra:5a 3b
    Boleh ke anak saya masuk ke sekolah imtiaz

  22. rosmawati says:

    Anak saya pun dh membuat ujian bertulis di penang

  23. Assalamualaikum,

    Bagi sesi 2017, bila tarikh pendaftaran akan dibuka dan bagaimana pula kaedah pendaftaran nya.
    Maklum balas amat diperlukan untuk memanfaatkan peluang.

    Terima kasih.

    Zuriah

    • admin says:

      Wassalam. Pendaftaran kemasukan pelajar pelajar baru bagi tahun 2017 adalah pada bulan januari 2017 selepas proses temuduga diadakan pada bulan disember 2016.

      Bagi pelajar yang ingin memasuki sekolah imtiaz Yayasan Terengganu perlu mengisi secara online sebaik sahaja keputusan UPSR diumumkan. Hanya pelajar yang mendapat keputusan 5A / 6A sahaja layak memohon.

      • Mohd Hasbulah says:

        Assalamualaikum wbt. Bilakah tarikh / jadual temuduga (ujian lisan) kelayakan masuk SM Imtiaz seluruh Terengganu bagi tahun 2016, untuk kemasukan tahun 2017? Mohon penjelasan lanjut tentang tarikh temuduga. Sekian. Tq

      • Ainaatikahamdan says:

        Aslm,nama saya aina.Saya tg 3 pelajar dari SMK Durian Mas..baru-baru ini saya telah menduduki peperiksaaan pentaksiran tg3 .saya nk tnye bolehkah saya dan adik saya ingin mendaftarkan diri saya serta adik saya memasuki sekolah Imtiaz tersebut..adik saya berumur 12thn .bolehkah saya daftarkan diri saya ke Imtiaz? Mohon penjelasan?

      • Abdul Fatah Bin Jamil says:

        mcmna caranya?

  24. Maisarah Mawaddah says:

    Assalam..saya nak tanya bagi pelajar dari negeri Kelantan adakah boleh juga memohon untuk memasuki imtiaz??Apakah yang akan ditemu dugakan nanti??Soalan terakhir saya,di imtiaz adakah boleh berniqab??Harap dapat maklum balas secepat yang mungkin…Saya akhiri soalan saya ini dengan ucapan terima kasih…

    -Maisarah Mawaddah-
    Kelantan

    Assalam

  25. Shukri says:

    Assalamualaikum
    Saya ingin bertanya.Bagaimanakah cara untuk saya memohon untuk pelajar tingkatan 4 bagi sesi 2017.

  26. naim says:

    assalamualaikum….macam mana nak daftar ke sekolah imtiaz bagi tingkatan 4 tahun 2017..mohon penjelasan daripada tuan..

  27. sufyan abdullah says:

    asalamu alaikum
    saya warga dari patani Thailand, ada boleh mengedar anak saya untuk belajar di imtiaz.

  28. Abdul Fatah Bin Jamil says:

    Assalamualaikum,

    Bagi sesi 2017, bila tarikh pendaftaran akan dibuka untuk tingkatan 4 dan bagaimana pula kaedah pendaftaran nya?

  29. Syafiqah Zahari says:

    Assalamualaikum… Saya ingin menanyakan sesuatu….. Adakah calon yang mendapat 3A 3B/2A 4B layak memohon ke SM Imtiaz YT?

  30. SAIFUL says:

    Pelajar upsr 2016 bayak tak dapat 6A anak saye dapat 4A 1B 1C je..boleh buat pemohonan tak?

  31. Siti rogayah says:

    Adakah imtiaz membuka permohonan ke tingkatan 4 2p17

  32. norhaizan says:

    as salam..boleh saya tahu..adakah pengambilan dibuat utk pljr tingkatan4 dan apakah kelayakannya? tq

  33. zarina binti kamarudin says:

    Assalam…anak saya adalah pelajar tingkatan 3 maahad tahfiz sains nipah dibawah yayasan islam kelantan…sedang menunggu keputusan PT3 dan zasudah hafaz 30 juzuk Al quran..bagaimana sekiranya anak saya hendak memohon memasuki imtiaz besut untuk tingkatan 4,2017. Apakah kelayakan yang diperlukan dan bagaimana untuk memohon?

  34. Mahathir Bin Mohammad Nor says:

    Assalamualaikum,
    Anak saya berminat untuk mengikuti persekolahan dalam aliran agama. Dengan itu saya berminat untuk mendaftarkan anak saya ke sekolah imtiaz. Untuk makluman tuan, sekarang anak saya sedang menuntut di dalam tingkatan 1 SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara, Puchong, Selangor (2016). Berikut adalah serba sedikit pencapaian peperiksaan anak saya pd tahun 2015 :-
    1. UPSR – 4A 1B
    2. PSRA – Muntaz
    3. UPKK – 8A
    4. Mewakili sekolah dlm pertandingan Badminton zon selatan.

    Untuk makluman tuan juga, anak saya pernah memohon di SMAWIP dan pernah di temuduga. Rezeki tidak memihak kepadanya kerana terlalu ramai yang memohon sekolah tersebut. Kami juga telah membuat rayuan tetapi gagal untuk mendapat tempat.

    Saya berasal dari Terengganu.
    Adakah pihak tuan ada membuka untuk kemasukan ke tingkatan 2 ?
    Jika ada, Bagaimanakah cara saya ingin mendaftar anak saya untuk tahun 2017 (tingkatan 2) di Imtiaz Kuala Terengganu.

    Sekian. Terima kasih.

    Yang Benar,
    Mahathir Bin Mohammad Nor
    741003-11-5291
    013-3383652

  35. NUR THASMIE FITRI says:

    ASSALLAMUALAIKUM..SY INGIN MENDAFTARKAN ADK SY KE SEKOLAH IMTIAZ BESUT..JD BAGAIMANAKAH CARA SY NK BUAT PERMOHONAN

  36. mohd zulkifli b che mansor says:

    Assalamualaikum wbt.
    Saya dari kelantan tidak memohon untuk kemasukan anak ke ting 1.sesi 2017.Namun ,anak saya berminat untuk melanjutkan pengajian di IMTIAZ Trg.Beliau memperolehi 6Adlm upsr 2016
    adakah anak saya masih berpeluang untuk memohon

  37. Roshdan Md Noor says:

    Assalamualaikum…
    Mohon pencerahan…bila tarikh permohonan kemasukan ke tingkatan 4 sesi 2017 di sm imtiaz dibuka…
    Terima kasih

  38. Mohd Nazae says:

    Assalamualaikum..
    Anak saya berminat untuk masuk sklh imtiaz..
    Anak saya hanya mndpt 2A 3B 1C..
    Dia mndpt 8A dlm UPKK..
    Dia sudah mnghfal 1 juzuk Al-Quran..
    Layakkah anak saya msuk ke sklh imtiaz?
    Layakkah anak saya mmbuat rayuan untuk msuk ke sklh tersebut?

  39. Siti Fatimah binti Mohamed says:

    Assalamualaikum,
    Bagi sesi 2018,bila ye tarikh blh online?
    Result anak saya utk percubaan UPSR 4A2B,UPKK 7A1B..layak ke untuk saya pohon..
    Saya harap sgt pihak Imtiaz dapat whatssup saya balik utk tau macammana.No phone saya 0139417333
    Terima kasih.

  40. s.haizana rohhani says:

    asslmlkm…sy berminat untuk mghntr ank saya belajar di imtiaz …tpi kmi warga johor dn tlh brmstautin di terengganu 12 thun…adakah layak untuk memohon..t.kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LOGO & LAGU

SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU

LOGO IMTIAZ

LAGU IMTIAZ

Ya rabbi anta maksudi
Keredaanmu tuntutan kami
Imtiaz KOSPINT kami sayangi
Mendidik kami erti insani

Allah dan rasul dalam ingatan
Quran dan hadis jadi pegangan
Akhlak Al-Quran diterapkan
Ilmu dan budi jadi asuhan

Akademik cemerlang pemimpin terbilang
Menerajui ummah penuh gemilang
Imtiaz KOSPINT kami sanjungi
Namamu tersemat di sanubari

Lirik Lagu:
Pn. Mardziah Che Abdullah (Mantan Pengetua)

Komposer Lagu:
En. M. Shahril M. Anip

HUBUNGI KAMI

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia

📞
TELEFON 09-619 5111
📠
FAKS 09-619 5112
📍 ALAMAT SEKOLAH

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
Kg. Banggol Karah, Serada,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.

📍 LOKASI SEKOLAH

ALUAN PENGETUA

SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU

MD IMRAN BIN MD NOR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, laman sesawang rasmi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dapat menjadi wadah perkongsian maklumat, pencapaian, aktiviti serta perkembangan sekolah kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, alumni dan masyarakat.

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengunjungi laman sesawang rasmi sekolah ini. Sesungguhnya, dunia pendidikan sentiasa berkembang seiring dengan perubahan zaman dan kemajuan teknologi. Justeru, kita perlu terus bergerak ke hadapan dengan menjadikan teknologi sebagai medium untuk memperkukuh komunikasi, menyebarluaskan maklumat serta membina jaringan yang lebih erat antara sekolah dengan komuniti.

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu sentiasa komited dalam usaha melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak, berketerampilan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan Imtiaz.

Dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini, seluruh warga sekolah perlu bergerak sebagai satu pasukan.

Saya yakin dengan semangat kebersamaan, kesungguhan dan komitmen seluruh warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, kita mampu terus mencipta kecemerlangan dan mengangkat nama sekolah di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjadikan sekolah ini sebagai sebuah institusi pendidikan yang bukan sahaja melahirkan huffaz yang menghafaz Al-Quran, tetapi juga huffaz yang menghayati, memahami dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga segala usaha dan ikhtiar kita mendapat keberkatan serta dipermudahkan oleh Allah SWT.

“Melahirkan Generasi Huffaz yang Berilmu, Berakhlak dan Berdaya Saing.”

Sekian, terima kasih kerana melayari laman sesawang kami.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MD IMRAN BIN MD NOR
PENGETUA CEMERLANG
SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU
× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.