
Alhamdulillah, program Liqa Nisa: Mood Swing? Itโs Okay! telah berjaya dilaksanakan pada 5 November 2026 bertempat di Masjid Al Muttaqin, SMiYKT.
Program ini telah menampilkan Puan Hajjah Mahirah binti A Rashid, Kaunselor Berdaftar, sebagai penceramah jemputan bagi berkongsi ilmu dan panduan berkaitan pengurusan emosi serta perubahan perasaan yang sering dialami dalam kehidupan seharian.
Melalui perkongsian yang disampaikan, para peserta didedahkan dengan kepentingan memahami emosi diri, mengenali perubahan perasaan, mengurus tekanan dengan bijak serta membina kekuatan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
Sesungguhnya, memahami emosi merupakan langkah penting dalam membentuk kesejahteraan diri. Tidak mengapa untuk berasa sedih, kecewa atau tertekan, namun yang lebih penting ialah bagaimana kita belajar menerima, mengurus dan bangkit dengan cara yang positif.
Semoga program ini memberikan manfaat dan kesedaran kepada seluruh warga SMiYKT, khususnya para pelajar perempuan, untuk terus menjaga kesejahteraan emosi, memperkukuh jati diri dan menjadi muslimah yang seimbang dari aspek rohani, emosi dan sahsiah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.