
Alhamdulillah, program Liqa Rijal: Level Up โ Aku Dah Baligh! telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 5 November 2026 bertempat di Surau Tok Ku Pulau Manis, SMiYKT.
Program ini telah menampilkan Ustaz Muhammad Haikal bin Mohd Azizi, Penceramah Bebas, sebagai penceramah jemputan bagi menyampaikan perkongsian dan pengisian berkaitan persediaan menghadapi alam baligh, khususnya dalam kalangan murid lelaki.
Melalui program ini, para peserta berpeluang meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang perubahan diri apabila mencapai usia baligh, tanggungjawab sebagai seorang Muslim serta kepentingan menjaga diri berlandaskan tuntutan syariat Islam.
Semoga pengisian yang disampaikan dapat menjadi panduan dan pedoman kepada para pelajar dalam membentuk jati diri Muslim yang lebih matang, berilmu, bertanggungjawab dan berakhlak mulia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.