
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Ustaz Ahmad Syahir bin Yahaya atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1448H/2026M yang telah berlangsung pada 10-12 Nov 2026 bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.
Pencapaian yang membanggakan ini merupakan satu penghormatan dan bukti kesungguhan dalam menghayati serta memperjuangkan keindahan Kalamullah. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada seluruh warga sekolah, khususnya para pelajar, untuk terus mendekati, mencintai dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Sesungguhnya, kejayaan ini bukan sekadar sebuah kemenangan, malah satu kebanggaan yang membawa nama institusi ke persada yang lebih tinggi.
Tahniah sekali lagi, Ustaz Ahmad Syahir! Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi ummah.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.