
Pembelajaran sains bukan sekadar teori di dalam bilik darjah, malah dapat diteroka melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan mencabar minda!
Sempena aktiviti pasca UASA, pelajar Tingkatan 2 akan menyertai STEM Challenge yang menggabungkan dua cabaran menarik, iaitu:
1. Balloon Car Race
Pelajar diberi misi untuk mereka bentuk dan membina kereta belon yang bergerak menggunakan tenaga udara daripada belon. Cabaran ini menguji pemahaman murid tentang daya, gerakan dan tenaga.
2. STEM Tower Challenge
Murid perlu membina menara yang paling tinggi, kukuh dan mampu menampung beban. Aktiviti ini menguji kreativiti serta pemahaman tentang kestabilan struktur, pusat graviti, daya dan keseimbangan.
Melalui cabaran ini, pelajar berpeluang mengaplikasikan pengetahuan sains secara praktikal, mengasah kemahiran menyelesaikan masalah, meningkatkan kreativiti serta memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
Belajar sambil mencipta, mencuba dan berinovasi!
Ayuh, jadikan STEM sebagai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna!