Category: Kokurikulum

Latihan Larian Imtiaz

KUALA TERENGGANU, 17 Jan : Sebagai persiapan menghadapi acara Larian Imtiaz, satu latihan telah dijalankan pada petang ini yang melibatkan semua pelajar sekolah.

Menurut PK Kokurikulum, Ustaz MD Nor bin Yahya, latihan ini perlu dibuat agar pelajar dapat mencari pengalaman terutamanya bagi pelajar yang belum pernah menghadapi larian ini. Secara tidak langsung mereka akan dapat menyesuaikan diri mereka sebelum acara sebenar bermula.

Sila klik Larian 1

Sila klik Larian 2

Mesyuarat Kelab dan Persatuan Tahun 2012

KUALA TERENGGANU, 10 Jan : Mersyuarat tersebut telah diadakan hari ini dibeberapa lokasi yang telah ditetapkan. Mesyuarat ini telah di hadiri oleh semua tingkatan 1 hingga 5 serta guru masing-masing.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya, di antara lokasi mesyuarat ialah di Anjung Kasih, Dewan Assyatibi, Perpustakaan, Kantin serta bilik Kuliah. Sebanyak 4 nama persatuan dan 17 nama kelab yang bermesyuarat hari ini.

Setiap pelajar telah diberikan setiap orang 1 persatuan dan kelab. Berikut adalah nama-nama persatuan dan kelab.

Sila klik DI SINI 

 

Mesyuarat Agung Badan Beruniform 2012

KUALA TERENGGANU, 3 Jan: Mesyuarat Agung Badan Beruniform kali pertama telah diadakan pada sebelah petang tadi bermula jam 3.30 petang dan berakhir 4.30 petang.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah, Ustaz Md Nor bin Yahya, tujuan diadakan mesyuarat adalah bagi pemilihan AJK baru tahun 2012. Disamping itu juga untuk membincangkan aktiviti sepanjang tahun 2012.

Badan beruniform yang bermesyuarat pada petang tadi ialah Pengakap di Kantin Sekolah, Kadet Bomba Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis di Dewan Assyatibi, Persatuan Bulan Sabit Merah di bilik Kuliah dan Puteri Islam di Perpustakaan.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform 2011

Pada 26 julai 2011, satu pertandingan kawad kaki badan beruniform telah di jalankan dengan penuh meriah. Sebanyak 11 badan beruniform menyertai pertandingan ini yang di adakan di dataran Assyatibi.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah, Encik Md Nor bin Yahya yang sempat ditemui berkata, ini merupakan program tahunan sekolah serta bertujuan untuk melatih pelajar bekerja dalam sepasukan  dan dapat mengukuhkan pembangunan jati diri pelajar dari sudut fizikal dan mental.