Category: Kokurikulum

Pingpong ( PA ), ( PR) dan Badminton ( LA ) JOHAN

DUNGUN, 13 Apr : Tahniah dan syabas diucapkan kepada kepada pasukan pingpong Perempuan astas dan perempuan serta badminton lelaki atas apabila muncul Johan dalam temasya sukan MASMAT yang di adakan di UiTM Dungun.

Pasukan Pingpong ( PA ) berjaya menumpaskan pasukan dari SMAASZA Batu Buruk dengan kiraan 3 – 2, manakala Pingpong perempuan bawah berjaya menjinakkan pasukan dari SMA Khairiah dengan kiraan 3 – 0. Badminton ( LA ) pula berjaya menundukkan pasukan dari SMAASZA Batu Buruk dengan kemenagan muadah 3 – 0.

Setakat ini keputusan yang diperolehi

Bola Jaring ( A ) : JOHAN
Pingpong (PA ) : JOHAN
Pingpong ( PR ) : JOHAN
Badminton ( LA ) : JOHAN
Pingpong ( LR ) : Naib Johan

Pagi esok ada 2 lagi acara akhir yang akan dipertandingkan iaitu Bola Jaring ( PR ) yang akan menentang pasukan dari SMA Khairiah dan Bola Sepak yang akan melawan dari SMA Marang.

Semoga pasukan tersebut beroleh kemenangan

Bola Jaring ( A ) JOHAN dan Pingpong ( LR ) Naib Johan

DUNGUN, 13 Apr : Pasukan Bola Jaring ( A ) petang ini telah menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila diistiharkan JOHAN setelah berjaya menewaskan SMA Khairiah dengan kiraan 34 – 16.

Manakala Pingpong ( LR ) pula tidak dapat menandingi kehebatan pasukan SMA Mahmudiah apabila kecundang dengan kiraan 2 – 3. dalam perlawanan yang mendebarkan itu, pasukan pingpong sekolah berhempas pulas untuk mencari kemenangan namun tewas pada perlawanan penentuan.

Walaubagaimanapun sekalung tahniah kepada pasukan berkenaan. Malam ini acara badminton ( LA) akan menentukan JOHAN dan Naib Johan di mana perlawanan yang akan bermula 8.15 malam ini melibatkan Imtiaz K.Trg( KOSPINT ) menentang SMAASZA Batu Buruk.

Pingpong ( LA ) dan Badminton ( PA ) Kecundang Peringkat Separuh Akhir

DUNGUN , 13 Apr : Pasukan pingpong ( LA ) dan Badminton ( PA ) gagal meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir apabila kecundang kepasukan pasukan lain.

Pasukan pingpong ( LA ) tewas kepada SMAASZA Batu Buruk dengan 2 – 3 manakala Bandminton ( PA ) tewas kepada SMA Khairiah 2 – 3.

Walaubagaimanapun diucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan tersebut kerana berjuang habis-habisan bagi menaikkan nama sekolah.

Bola Sepak ( R ) dan Bola Jaring ( R )Meneruskan Cabaran

Dungun, 13 Apr : Semangat yang ditunjukkan oleh kontinjen pada hari kedua temasya sukan MASMAT akhir yang berlangsung di UiTM Dungun menyaksikan kemenangan bergaya Bola sepak ( R ) dan Bola Jaring ( R )

Dalam perlawanan bola sepak sebelah pagi tadi, pasukan sekolah berjaya menewaskan pasukan dari SMA Setiu dengan jaringan 2 – 0 seterusnya melayakkan diri ke perlawanan akhir nanti.Bola Jaring ( R ) menewaskan SMA ittifakiah dengan jaringan 29 – 23.

Pasukan sekolah telah menghantar 9 acara yang dipertandingkan di MASMAT Akhir dan sehingga ini 7 acara berjaya memasuki peringkat akhir.

Tahniah dan syabas diucapkan